Ka’bah di Runtuhkan
Di antara tanda Kiamat kubro adalah dihancurkannya ka’bah yang mulia, perhiasan dan kiswahnya dirampas oleh seorang laki-laki dari Habasyah yang diberi nama oleh Rasulullah saw dengan cirinya “Dzu as-Suwaiqataini”.
Nama dan Sifatnya
Dzus Suwaiqatain begitu dia dinamakan dengan wazan (bentuk kata) yang menunjukkan kecil kerana kedua kakinya ringkih, kurus dan lemah. Rasulullah saw telah menjelaskan sifatnya secara cermat, beliau meyebutkan bahawa dia berkulit hitam, kedua kakinya renggang dan ini termasuk ciri orang-orang Habasyah, beliau juga menyatakan bahawa dia botak, ubun-ubunnya licin, persendian tulangnya bengkok sebahagian keluar dari tempatnya.
Di dalam hadits shahih dari Ibnu Abbas berkata, saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda, “Seolah-olah diriku melihatnya berkulit hitam, kedua kakinya saling berjauhan, dia mencongkel Ka’bah, bata demi bata.” (HR. al-Bukhari)
Dari Abdullah bin Amru bin al-Ash berkata, saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda, “Ka’bah akan dihancurkan oleh Dzu as-Suwaiqatain dari Habasyah, dia merampas perhiasannya, menanggalkan kiswahnya. Seolah-olah saya melihatnya botak, persendiannya tidak lurus, dia menghantamnya dengan cangkul dan kapaknya.” (HR. Ahmad dan at-Thabrani).
1 – Asal Habasyah (Somalia, Ethiopia, Kenya dan Eritria)
2 – Mempunyai pengaruh dan ramai tentera3 – berkulit hitam,
4 – kakinya bengkok
5 – ubun-ubunnya licin
Apakah Kebetulan?
Mari kita lihat adakah Obama memenuhi ciri-ciri tersebut? Apakah maksud disebalik nama Obama itu sendiri, cuba lihat pautan ini
Obama merupakan nama untuk puak Luo di Kenya. Mengikut tradisi Luo,
nama gelaran Bama, bermaksud ” melengkong, nampak seperti bengkok.”
Dengan kata lain, boleh di simpulkan nama gelaran Obama bermaksud
seorang yang berkaki atau tangan yang bengkok. Apakah ini satu
kebetulan Obama mempunyai semua ciri-ciri tersebut atau akan muncul lagi
seorang Obama mempunyai kelakuan dan sifat seperti yang di beritahu
Rasulullah? Wallahua’lam.
Majalah Globe Dedahkan Obama di lahirkan di Afrika |
Papan tanda di sempadan Kenya |
No comments:
Post a Comment