Danau Qarun Lokasi Ditenggelamkannya Qarun
Menurut beberapa riwayat, lokasi tempat ditenggelamkan Qarun beserta rumahnya ke dalam bumi itu terjadi di daerah al-Fayyum, sekitar 90km @ 2 jam perjalanan dengan menggunakan kereta dari Kaherah, ibu kota Mesir.
~Menurut peduduk Mesir, di al- Fayyum inilah tempat dimana Qarun tinggal dahulu
~Menurut penduduk setempat, nama danau itu ialah Bahirah Qarun (laut Qarun).
~Disekitar al-Fayyum ini yang tersisa hanyalah berupa serpihan istana Qarun
~Di lokasi ini, terdapat sebuah danau yang sangat luas
~Panjang danau mencecah 30 km dengan lebar danau sekitar 10 km dan kedalaman yang mencecah 30-40 meter
~Danau ini sudah ada sejak dahulu lagi sebelum Qarun ada
~Danau tersebut dahulunya merupakan sebuah danau kecil yang disebut dgn Munkhafaz al-Lahun
~Setelah melalui pengkajian yang komprehensif, menurut para peneliti dari Eropah berkesimpulan bahawa pada zmn dahulu kala, memang benar di lokasi itu pernah terjadi bencana berupa gempa bumi yang sangat besar, terutama di bahagian sebelah selatan danau Qarun
~Kini, danau Qarun kelihatan tenang, meskipun di sebaliknya tersimpan sebuah pengajaran yang sangat bermakna bagi manusia iaitu kesombongan dapat membinasakan diri sebagaimana yang terjadi pada Qarun.
Firman Allah dlm surah al- Qasas ayat 81:
فَخَسَفْنَا بِهِ وَبِدَارِهِ الْأَرْضَ فَمَا كَانَ لَهُ مِنْ فِئَةٍ يَنْصُرُونَهُ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُنْتَصِرِينَ
"Lalu Kami timbuskan dia bersama-sama dengan rumahnya di dalam tanah, maka tidaklah ia mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah” dan ia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri."
No comments:
Post a Comment