Gambaran Pelukis |
Taman Tergantung Babylon (Hanging Gardens Of Babylon) juga dikenali sebagai Taman Tergantung Semiramis dan tembok-tembok Babylon (kini Iraq) adalah salah satu di antara Tujuh Keajaiban Dunia Kuno. Kedua-duanya telah dibina oleh Raja Nebuchadnezzar II (604-562 BC), anak kepada Nabopolassar yang telah menguasai Kerajaan Babylon dan mengakibatkan berakhirnya tamadun Mesopotamia yang selama ini dibawah pimpinan Raja Hammurabi (1792-1750BC). Taman ini diperkirakan hancur sekitar 2 abad sebelum masihi. Hinggalah kurun ke 20, ahli kaji purba menyatakan kewujudan taman ini adalah benar, namun kesan peninggalannya telah lama pupus dan amat sukar untuk dibuktikan dengan konkrit.
Taman Tergantung Babylon terletak di Al-Hillah sekitar 50 kilometer ke selatan Baghdad, Iraqiaitu yang berada di sebelah tebing timur Sungai Euphrates. Negara Babylon terkenal di bawah pemerintahan raja yang terkenal pada ketika itu, iaitu Raja Hammurabi (1792-750SM). Anaknya yang bernama Nebuchadnezzar II (604-562 SM) yang merupakan raja yang dipercayai telah membina taman ini.
Karikatur Raja Nebuchadnezzar II (604-562 BC) |
Kewujudan taman ini masih menjadi tanda tanya. Jika menurut legenda, taman ini dibina oleh Nebuchadnezzar II (604-562 SM) sebagai tanda menghargai isterinya. Namun adalah diperkatakan bahawa taman ini adalah salah satu taman terindah di dunia. Ia mengandungi pelbagai flora dan fauna yang menarik dan amat menakjubkan sehingga mempesonakan sesiapa sahaja yang melawatnya. Kerana ia merupakan antara bangunan-bangunan kota yang tinggi mencuat di permukaan tanah dan ditanami dengan pelbagai tanaman yang indah, sehingga dari kejauhan terlihat seperti taman yang tergantung.
Taman tersebut terdiri daripada binaan yang menarik dan mengagumkan. Ia berbentuk seperti segiempat tepat dan tiang-tiangnya berbentuk seakan-akan kiub. Namun demikian, reka bentuk taman ini tidak dapat diceritakan secara terperinci kerana para ahli kaji purba masih gagal menemui sebarang peninggalannya. Walau bagaimanapun, menurut satu sumber, taman ini lenyap adalah akibat kerana berlakunya satu malapetaka buruk yang besar. Para ahli kaji purba baru-baru ini telah menjumpai dinding setebal 25m di kawasan tapak taman tersebut yang mungkin adalah sebahagian daripada dinding taman yang telah hilang berkenaan.
Taman Tergantung ini juga telah dicatatkan dalam sejarah Yunani seperti yang dicatatkan oleh oleh Strabo dan Diodorus Siculus, tetapi tidak terdapat banyak bukti yang dapat menyokong akan kewujudannya. Sesetengah bukti yang dikumpulkan ketika penggalian Istana Babylon hanya menunjukkan sesuatu yang umum tetapi tidak menunjukkan lebih daripada sekadar hiasan yang menarik tentang Taman Tergantung Babylon ini.
Sesetengah berpendapat, lokasi sebenarnya Taman Tergantung mungkin telah dikelirukan oleh masa yang terlalu lama tambahan pula dengan kewujudan sebuah taman di Nineveh kerana jelas batu-batu bersurat di sana lebih menunjukkan yang taman itu telahpun dijumpai. Tulisan pada batu itu menunjukkan sesuatu alat yang digunakan seakan-akan Skru Archimedes untuk mengangkat air ke tempat tinggi.
Menurut sesetengah kajian, taman tersebut dibina untuk menggembirakan isteri Nebuchadnezzar II, Amyitis yang rindukan kampung halamannya. Amyitis adalah anak kepada Raja dari Kerajaan Medes/Media yang terletak di pergunungan Persia (Iran) telah berkahwin dengan Nebuchadnezzar untuk menjalinkan hubungan kerjasama di antara dua negara atau disebut sebagai diplomatik. Negara dari mana Amyitis berasal dan dibesarkan adalah dari sebuah kawasan yang subur menghijau dan berbukit-bukau tetapi malangnya beliau terpaksa berpindah ke kawasan yang rata dan tandus berbatu di Mesopotami (sebuah kawasan di barat daya Asia) yang menyebabkan dia berasa hiba dan selalu termenung.
Oleh yang demikian, raja berhasrat untuk membina sebuah taman yang keadaannya seperti kampung halaman Permaisuri Amyitis. Maka diatas rasa kasih sayang, cinta dan keperihatinannya terhadap kedukaan permaisuri ratu hatinya, Raja Nebuchadnezzar II telah memerintahkan agar satu taman dibina di satu dataran yang tinggi dengan berbumbungkan kebun2 dan taman2.
Taman Tergantung sebenarnya tidaklah benar-benar “tergantung” seperti terikat dengan tali. Namanya datang daripada terjemahan kata Yunani kremastos atau kata Latin pensilis, yang bermaksud bukan hanya “tergantung” tetapi “anjung,” seperti terletak di atas berandah, di balkoni atau di suatu teres.
Sejarawan Yunani, Diodorus Siculus menggambarkan taman ini:
- Lebar taman 400 kaki
- Panjang tanam 400 kaki
- Tinggi taman 80 kaki
- Beralaskan batu bata yang ditutupi aspal dan seramik yang berfungsi menghalang kemasukan air ke dasar tanah yang akan memungkinkan kerosakan terhadap foundation taman tersebut
- Taman ini umpamnya dibina dipingir bukit dan sebahagian dari strukturnya dibina secara menaik.
- Di tanam dengan pelbagai pohon2 yang setipa jenisnya bersaiz besar dan menarik
- Air pula dinaikkan ke taman ini dengan banyaknya dari sungai .
Manakala sejarawan yang lain, Herodotus pula mengungkapkan taman ini:
- Terletak di dalam istana yang berlapiskan emas
- Panjangnya mencapai 56 batu
- Taman ini sangat lebar sehingga memungkinkan kereta yang ditarik oleh 4 ekor kuda boleh berputar balik
- Terdapat kuil2 pemujaan yang dihuni oleh patung dewa yang diperbuat dari emas.
- Tamn ini dibuat bertingkat2, lebih tinggi dari bangunan lain yang ada di kota Babylon sehingga menimbulkan ilusi “tergantung di udara”
Dan seaorang ahli geografi Yunani, Strabo memperihalkan taman ini seperti berikut:
- Taman ini berbentuk segi empat sama “quadrangular”
- Setiap sisi adalah sepanjang 4 plethra
- Mempunyai teres yang bertutup dalam keadaan menaik di atas yang lain dan dipasakkan dengan tiang berbentuk petak
- Semuanya berongga dan diisikan dengan tanah dan ditanam dengan pokok2 besar
- Tiang2, ruang dan teres dibina dari bata yang dibakar dan tampalan simen
- Bukit buatan ini subur menghijau memberi satu kelainan berbanding keadaan persekitarannya yang tandus.
Gambaran Pelukis |
Gambaran Pelukis |
Malangnya kewujudan Taman Tergantung Babylon ini tidak dapat dibuktikan kesahihannya. Ini kerana tidak ada bukti pertemuan @ manuskrip yang konkrit ditemui bagi menyokong kewujudannya jika dibandingkan kewujudan bangunan lama yang lain yang berdekatan seperti Ziggurat dan Kuil Marduk.
Untuk mencari kebenaran Taman ini, seorang ahli arkeologi Jerman, Robert Koldeway telah menggali lokasi yang dikatakan bertempatnya Taman Tergantung Babylon ini pada tahun 1899. Koldeway menggali selama 14 tahun dan berhasil menemukan:
- Dinding istana
- Menara Babel dan foundation istana Nebuchadnezzar (Menurut manuskrip hanya ada dua banguan di kota itu yang diperbuat dari batu iaitu dinding utara istana dan Taman Tergantung Babylon)
- Turut menemui dinding yang berketebalan 22 kaki dan dihiasi dengan lakaran singa serta lain2 haiwan .
- Koldeway juga turut menemui sebuah dinding yang mempunyai tulisan purba, Nebuchadnezzer, King of Babylon (yang juga diragui kesahihannya: dikatakan mungkin tulisan anak nakal)
- Koldeway berhasil menemukan 14 ruangan dari batu
- Juga menemui lubang aneh dilantai yang dikatakan terletaknya kincir air raksaksa bagi mengalirkan air ke taman tersebut
Walau bagaimanapun pertemuan ini menimbulkan keraguan dari para arkeology yang lain Dikatakan lokasi yang ditemui oleh Koldeway itu agak jauh dari Sungai Euphrates memandangkan mengikut perkiraan sejarah, Taman Tergantung Babylon terletak berdekatan dengan sungai tersebut.
“Pendekatan terhadap Taman itu ibarat pinggir bukit dan sebahagian daripada struktur binaan menaik antara satu dengan lain tingkat demi tingkat. Di atas semua ini, tanah telah diletakkan dan telah ditanamkan pohon-pohon dengan banyaknya dengan setiap jenis mempunyai saiznya yang besar dan menarik yang akan memberikan keindahan saujana mata memandang kepada pemiliknya. Air dinaikkan dengan banyaknya dari sungai walaupun tiada siapapun di luar yang dapat melihatnya.” — Diodorus Siculus.
Raja Nebukadnezar II yang puncak kejayaannya sekitar 612 SM, kemudian menjadi sangat terkenal ke seluruh penjuru dunia dan dikagumi rancangannya hingga kini. Taman Tergantung Babylon ini kemudian menjadi satu monumen agung Kerajaan Babylon yang tiada duanya. Luas taman ini diperkirakan 4 are (1 acre = 4046.86 m²). Sifat kewujudan arsitekuralnya sangat unik, kerana bertingkat-tingkat.
Taman ini ditanami dengan pelbagai pepohonan indah dan dilengkapi dengan sistem pengairan sehingga ke ketinggian 100 meter di atas permukaan tanah. Dari puncak taman ini dapat disaksikan pemandangan di sekeliling Kerajaan Babylon yang kering dan tandus tetapi di satu sudut tinggi lain terdapat satu taman yang kelihatan tergantung yang mewah dengan keindahan flora dan faunanya.
Gambaran Pelukis |
Gambaran Pelukis |
No comments:
Post a Comment