Saturday, 21 February 2015

MIMPI NABI YUSUF ADA KAITAN DENGAN 12 PLANET (MENARIK)


Sebenarnya jumhur ulamak sepakat menafsirkan bahawa kawakib atau kaukab sebagai bintang beredar ataupun planet. Merujuk kepada daripada tafsiran ini dapat disimpulkan bahawa apa yang dimimpikan oleh Nabi Yusuf selain merujuk kepada 11 orang adik-beradiknya dari keluarga Nabi Ya’aqub adalah juga merujuk kepada sistem matahari. Mungkin dapat ditakwilkan dengan tepat bahawa kekacakan dan kelebihan Nabi Yusuf dapat diumpamakan dengan keindahan dan kelebihan planet Bumi berbanding jasad cakerawala lain. Justeru Nabi Yusuf adalah putera ke-7 dari dua belas putera Nabi Ya’aqub (Bunyamin adiknya adalah yang ke-12) tetapi ini tidak selari dengan kedudukan sebenar bumi yang ke-3.


Abaikan keselarian ini kerana apa yang penting adalah fakta selanjutnya. Jika mimpi Nabi Yusuf itu boleh ditafsirkan kepada sebelas planet, matahari dan bulan maka ia bermaksud kepada sebelas saudaranya, ayahandanya dan bondanya. Oleh kerana Nabi Ya’aqub mempunyai 12 orang putera, maka jumlah planet bukanlah sebelas sebalik adalah juga 12 yang bersesuaian dengan maksud ayat
“aku melihat mereka semua tunduk hormat kepadaku”.

Jadi, Nabi Yusuf adalah major dari dua belas beradik. Menurut tafsir Ibnu Katsir pada muka surat 468 ada satu petikan pertanyaan seorang Yahudi kepada Rasulullah SAW tentang nama-nama 11 kawakib (planet) yang disebut dalam Al Quran. Nama-nama itu ialah:

1. Jaryan (Utarid / ‘Athorid)
2. Ath Thoriq (Kejora / Zuhrah)
3. Al Ardh (Bumi)
4. Adz Dzaiyal (Marikh / Al Qohir)
5. Dzul Kanafat (Musytari)
6. Qobas (Zuhal)
7. Wasab (Uranus @ Waruna)
8. ‘Umudan (Neptun)
9. Al Faliq (Pluto)
10. Al Mishbah (X)
11. Adh Dhoruh (Z)
12. Dzul Farigh (Muntaha)

Wallahu A'alam bishawab.
(Hanya Allah yang Maha Mengetahui)

No comments:

Post a Comment