Misteri apakah itu? Rileks dulu brader/sista oi. Mukaddimah saya pun masih lagi terabur :D
Bagi mereka-mereka yang sudah pernah jejakkan kaki disini, rasanya mereka ini mengetahui wujudnya sebuah replika kapal yang tersergam indah memukau mata sesiapa yang memandangnya. Namun mungkin ramai tidak mengetahui kisah disebalik kehebatan kapal perang yang pernah menguasai Lautan Hindi dan menghancurkan Kerajaan Melayu Melaka yang tenggelam didasar laut bersama-sama khazanah yang tidak ternilai.
Penulis sendiri pasti bahawa kamu semua mengenali replika kapal yang diberi gelaran sebagai "Kapal Samudera" dan telah menjadi muzium yang memaparkan koleksi kapal. Namun, tahukah anda semua bahawa replika kapal ini sebenarnya dibina semula berasaskan kapal asal milik penjajah portugis iaitu Kapal Flar De Lamar yang mempunyai sejarah dan misteri yang tersendiri.
Replika Kapal Flor de La Mar milik Portugis yang diberi nama sebagai Kapal Samudera dibina semula oleh Kerajaan Melaka pada 1994
1. Nama kapal ini adalah Flor de La Mar.
2. Sebuah Kapal Portugis dibina di Lisbon.
3. Digunakan sebagai kapal perang ini ketika menghadapi perang di laut.
4. Kapal perang utama yang mengetuai angkatan laut untuk menyerang Melaka pada tahun 1511.
5. Digunakan oleh Alfonso De Albuquerque untuk berulang alik ke Goa (India) dan Lisbon.
6. Diakui sebagai kapal milik portugis yang paling besar dan mempunyai peralatan perang yang serba lengkap.
7. Dikatakan terlanggar batu karang besar di Jambu Ayeh, Acheh, Indonesia pada malam tahun 1512 dan tenggelam karam. Bersemadi di dasar Laut Selat Melaka sejak lima abad yang lalu.
Barulah mukaddimah penulis ini nampak kemas dan teraturkan? Kenyit mata sikit ;) Penulis ambil masa dalam 2 hari juga nak siapkan artikel ini. Okay penulis sambungkan lagi 'isi-isi penting' di dalam artikel ini. Mari kita sama-sama menyelami sejarah misteri kehebatan kapal ini dan paling penting sekali, apakah hubungan kapal ini dengan Kerajaan Melayu Melaka pada suatu tika dahulu?
Kapal Flor De La Mar merupakan sebuah kapal termahsyur pada ketika dahulu. Sebelum tahun 1511, ia merupakan sebuah kapal perang utama bangsa portugis dalam mengekalkan penguasaan mereka di Goa yang terletak di negara India pada kurun ke 16.
Selepas tahun 1511, kehebatan kapal ini bertambah lagi. Kali ini bukan disebabkan menang dalam peperangan, tetapi sebaliknya kerana kapal ini terbelah dua ataupun terpecah dua bahagian dan tenggelam setelah dilanda ribut taufan dan terlanggar batu karang besar berdekatan dengan Tanjung Jambu Ayeh dikawasan Aceh, Indonesia dalam tahun 1512.
Tenggelamnya kapal tersebut didasar Laut Selat Melaka yang gelap berlumpur itu terus menjulang kemahsyuran namanya kerana ianya tenggelam bersama barang-barang berharga seperti emas, perak, intan, berlian, mutiara, permata, mahkota permaisuri, barang-barang tembaga, yang dirompak dari Istana Kesultanan Melayu Melaka yang hancur akibat diserang portugis itu.
Namun yang paling penting dinyatakan dan dikatakan didalam rekod-rekod lama ada tercatat, didalam kapal ini, Portugis juga telah menjarah sekali "Mahkota Emas Sultan Melaka" untuk dibawa pulang ke Portugal yang dianggarkan nilainya sebanyak RM7 juta yang kini masih lagi bersemadi didasar laut tersebut.
Dan apa yang menjadi misteri, sehingga kini hampir 5 abad (500 tahun) tidak ditemukan lagi bangkai Kapal Flor De La Mar dan lokasi sebenarnya masih menjadi tanda tanya. Namun ada yang menyatakan bahawa tenggelamnya kapal ini kerana disebabkan mahkota emas Kerajaan Melaka yang dirompak oleh portugis setelah menghancurkan Kerajaan Melaka pada tahun 1511 (ketika kejatuhan kerajaan melaka) merupakan penyebab utama tenggelamnya kapal perang ini. Inilah antara warisan negara yang lenyap dan menjadi misteri kehilangannya sehingga sekarang.
Ilustrasi Kapal Flor de La Mar
Dalam Novulle 1511, ada sekurang-kurangnya 6 perenggan yang memerihalkan tentang kegagahan kapal Flor de La Mar ini.
"Kau tidak tahu di atas geladak bahtera Flor de La Mar, Albuquerque sedang menyusun rancangan. Mereka bersedia mengepung Melaka seberapa lama pun. Mereka perlu menambah pengkhianat di dalam kota itu. Kalau boleh, orang-orang luar. Orang-orang asing yang tidak merasa bertanggungjawab. Juga bagi mereka ynag bukan beragama Islam akan membantu Portugis yang bukan Islam, begitulah sampai ke akhir zaman, kata Albuquerque" (15151:63)
Alfonso de Albuquerque
"Kau tidak tahu Nyemah, di atas bahtera Flor de La Mar itu boleh muat tiga ribu pucuk meriam dengan dua ribu daripadanya diperbuat daripada gangsa, senapang, sumpitan, busur dan panah lembing serta tombak. Gelang, rantai loket, cincin permata, mahkota permaisuri, mutiara pedang bertatah baiduri dan keris-keris bersalut emas turut disumbat sekali. Kain-kain songket, tenunan dan pelbagai jenis tikar yang sempat dirampas dari rumah para pembesar dan orang kaya Melaka bergulungan bertimbun-timbun" (1515:246)
Mari kita sama-sama baca, teliti dan fahamkan mengenai Misteri Harta Karun Tidak Ternilai Di Bangkai Kapal Flar de La Mar bersumberkan "Astro Awani" yang diterbitkan pada 18 April 2014 seperti dibawah ini.
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu bekerjasama dengan Portugal dalam usaha menyelesaikan misteri harta karun di bangkai kapal milik tentera portugis, Flor de La Mar. Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Dr. Rahim Thamby Chik berkata, "Portugal mempunyai kajian tepat mengenai lokasi harta yang disifatkan dirampas oleh tentera portugis diketuai Alfonso de Albuquerque dari bumi Melaka.
Pencarian tentang harta karun warisan sejarah Melaka ini perli diteruskan. Kajian terperinci telah dibuat oleh beberapa pihak terutama dari Eropah dan beberapa pihak mempunyai maklumat terperinci posisi dan lokasi harta warisan Melaka ini.
"Ia berkait dengan sejarah lama dan mempunyai nilai kewangan yang tinggi, jadi pihak yang ada maklumat ini tidak akan memberi kerjasama untuk pencarian ini kecuali ada satu mekanisme yang sesuai untuk tujuan tersebut." katanya.
Dr. Rahim berkata demikian semasa ditemui dipejabatnya disini.
Flor de La Mar, Frol de La Mar atau Flor do Mar (Si Kuntum Laut) adalah kapal milik portugis yang boleh menjangkaui berat kira-kira 400 tan. Kapal ini telah menyertai pelayaran lebih dari 9 tahun di Lautan Hindi sehingga dilaporkan karam pada November 1511 bersama harta rampasan dari bumi Melaka.
Jelas Dr. Rahim, kapal yang dipercayai karam berhampiran lautan Acheh itu mampu diapungkan melalui kerjasama Malaysia, Portugal dan Indonesia. Dalam pada itu katanya lagi, beberapa perkara tertentu berkenaan undang-undang terhadap isu ini perlu diselesaikan untuk menolak pertindihan hak ke atas harta kapal itu.
"Kerana itu kerajaan Indonesia ada hak kepada harta ini tetapi dia hendaklah memberi kesediaan untuk berkongsi tentang penemuan atau potensi penemuan khazah berkenaan."
"Malaysia juga ada hak dari segi sejarah sebab harta itu adalah harta rakyat Melaka dan daripada perbendaharaan Kesultanan Melayu Melaka, walau hak sejarah ini tidak begitu kuat, kita juga mempunyai kedudukan dalam distribusi perkongsian khazah yang tidak ternilai ini." ujarnya.
Ketika ditanya lagi, apakah tindakan yang harus dilakukan sekiranya ada pihak yang berjaya mengapungkan Flor de La Mar? Dan ini katanya,
"Ia mempunyai nilai sejarah yang tinggi untuk dipamerkan mengenai Kemajuan Tamadun Melayu Melaka. Jika benar ditemui, kita perlu membina muzium bagi memperingati Tamadun Melayu Melaka."
Sebelum ini, pencarian harta karun Amerika, Robert Max menyifatkan Flor de La Mar ialah kapal kaya raya yang hilang didasar lautan. Jelas Robert lagi, kapal itu dikatakan menampung 200 tong dipenuhi batu permata berharga, berlian dari saiz kecil setengah inci sehingga sebesar genggam manusia.
Difahamkan, usaha mengapungkan kapal itu memerlukan penggunaan teknologi tertentu dengan menelan kos yang amat besar sehingga mencecah sampai RM98.9 juta (AS$30juta).
No comments:
Post a Comment