Artikel yang lepas dengan mukaddimah saya yang agak terabur sedikit diawal babak permulaan artikel, penulis ada menceritakan ataupun berkongsi cerita mengenai Misteri Kapal Flar de La Mar dimana kapal tersebut yang penuh dengan harta warisan khazanah tidak ternilai dari Kesultanan Melayu Melaka telah tenggelam didasar lautan dan sehingga sekarang belum lagi temukan.
Jadi, bukan itu yang penulis ingin bahaskan akan tetapi buat artikel kali ini penulis akan berkongsi cerita yang agak menarik juga. Ya, ya, ya... ia ada kaitan juga dengan kapal. Pernah dengar The Flying Dutchman? Mesti pernah dengar punya. Kapal yang diseliputi dengan pelbagai misteri. Straight to the point.
Kisah misteri Kapal Hantu The Flying Dutchman ini merupakan dari salah satu kisah yang sangat terkenal diseluruh dunia. Sudah banyak buku ditulis, namun bukan buku saja yang ditulis malah ada juga yang memfilemkan dengan mengangkat kisah lagenda ini bahkan jika anda menonton filem blockbuster Pirates of Cirebean : Dead Man's Chest (2006) dan Pirates of Cirebean : At World's End (2007) kapal hantu ini turut muncul dalam banyak babak filem tersebut dan sebenarnya kapal ini bukanlah sebuah cerita dongeng tempatan kerana dari segi faktanya kewujudan kapal ini adalah benar belaka.
The Flying Dutchman dianggap sebuah kapal hantu yang selalu dilihat ketika kabus tebal melanda di kawasan perairan yang bergelora. Kapal misteri ini akan muncul dan hilang sebaik sahaja ia mendekati kapal yang berada dilaluannya. Bagi ahli-ahli pelayaran di sekitar Eropah dan Barat, mereka mempercayai The Flying Dutchman dihuni oleh hantu yang hidup berpuluh-puluh tahun.
Kapal ini akan mengganggu mana-mana kapal dagang persiaran yang lalu berhampiran dengan mereka. Mengikut fakta, The Flying Dutchman adalah kapal milik seorang kapten yang bernama Captain Falkenburg. Dia telah disumpah kerana menggadaikan rohnya kepada syaitan. Konon ceritanya, Captain Falkenburg yang telah disumpah bersama-sama anak kapalnya menjadi jasad hidup dan berlayar di tujuh lautan buat selamanya.
Sehingga kini kapal The Flying Dutchman akan mengundang bahaya kepada kelasi-kelasi kapal dan mereka perlu mengelak daripada kapal berhantu melanggar dan mengganggu mereka. Bagi mengelak daripada gangguan itu, mereka telah memakukan badan seekor kuda diatas kapal mereka untuk perlindungan. Mengikut catatan seorang nakhoda kapal, The Flying Dutchman selalu dilihat diperairan Cape of Good Hope, South Africa. Beberapa rekod lain telah mencatatkan kehadiran kapal puaka itu yang amat digeruni.
Cape of Good Hope, Africa
Penulis akan memaparkan beberapa cebisan kisah yang telah direkodkan mengenai penampakan Kapal Hantu The Flying Dutchman ini :
1832 : Kapten Oweb, HMS Leven mendakwa telah dua kali terserempak dengan kapal puaka The Flying Dutchman.
1835 : Sebuah dagang kapal british yang dilanda ribut telah terlanggar kapal The Flying Dutchman yang telah muncul secara tiba-tiba. Beberapa orang kelasinya telah dirasuk. Kapal misteri itu kemudiannya hilang secara tiba-tiba bersama anak kapal yang dirasuk.
1879 : Anak kapal SS Pretoria juga pernah melihat kapal berhantu yang menakutkan, namun mereka berjaya menukar haluan bagi mengelak bertembung dengan kapal puaka itu.
1911 : Sebuah kapal yang menangkap ikan paus hampir berlanggar dengan kapal The Flying Dutchman di perairan.
1939 : Beberapa orang pengunjung sebuah pantai terkejut melihat sebuah kapal usang muncul dari kabus tebal dan hilang dengan secara tiba-tiba.
1941 : Seorang pengunjung pantai Glencaim mendakwa melihat sebuah kapal usang merempuh sebuah batu karang tidak jauh dari pantai itu dan hilang dalam sekelip mata.
1942 : Empat orang saksi telah melihat sebuah kapal usang memasuki perairan Table Bay kemudian hilang. Seorang pegawai telah merekodkan penemuan tersebut didalam log kapalnya.
1959 : Sebuah kapal Street Magelhaen hampir melanggar kapal berhantu itu ketika memasuki kabus tebal.
Inilah antara secebis kisah penampakan dan kejadian aneh berlaku yang berjaya direkodkan. Dan sehingga kini terdapat lagi beberapa kejadian aneh mengenai penampakan kapal The Flying Dutchman.
(Aku akan selalu mengharungi semenanjung ini walaupun harus tetap belayar sampai hari kiamat menjelang!)
Itulah dia sumpah keramat Captain Falkenburg membahana mengalahkan amukan badai laut di perairan Cape of Good Hope, South Africa, pada suatu hari yang kelam pada tahun 1641. Jeritan sumpah keramat itu membangkitkan sebuah lagenda yang sampai sekarang menjadi sebuah misteri besar didalam dunia pelayaran.
No comments:
Post a Comment