Solat sunat dhuha boleh dianggap sebagai terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya. Solat sunat dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya selepas 28 minit selepas Syuruk. Saya gambarkan, sekiranya waktu Syuruk tersebut adalah 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan solat sunat dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7hasta atau 3meter), lebih kurang pada jam 9.30 pagi.
Zaid bin Arqam r.a berkata, "Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Qubah, di kala itu mereka sedang mengerjakan solat sunat dhuha. Baginda bersabda, "Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha" (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi)
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat islam dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata, "Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka'at Dhuha dan witir sebelum menjelang tidur"
Baca ketika sujud yang terakhir – 3 kali
Doa yang disarankan
“Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu” . “Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang sholeh”
DOA DISIPLINKAN ANAK
“Rabbana hab lana min azwajina wa zurriyatina qurrata a’ayun, wajaalna lill mutaqiina imama”
Maksudnya: “Ya Tuhan kami berikanlah kepada kami pasangan dan anak-anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertakwa“
Maksudnya: “Ya Tuhan kami berikanlah kepada kami pasangan dan anak-anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertakwa“
Fadhilat Solat Sunat Dhuha
Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan dari Allah SWT, dimurahkan rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang mengerjakan solat sunat Dhuha dengan istiqomah nescaya akan diampuni oleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih dilautan."
Rasulullah SAW, "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan 'Dhuha'. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: "Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah." (HR. Ath-Tabrani)
Solat Tahajjud ialah solat sunat yang didirikan setelah terbangun dari tidur, walaupun tidur sekejap. Waktunya antara isyak sampai ke Subuh. Waktu utama dari satu sampai Subuh. Jumlah raka'at tidak terbatas, paling kurang dua raka'at. Jadi cara melakukan hendaklah tiap dua rakaat dengan satu salam. Afdalnya dibuat secara bersendirian. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak pernah meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.
Firman Allah SWT: "Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji." (Surah Isra': ayat 79)
Rasulullah SAW bersabda, "Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri dengan Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat mennghalangi penyakit dari badan." (HR Tirmidzi dan Ahmad)
Tujuan Solat Tahajjud
- Sebagai perhambaan kepada Allah SWT
- Mendekat seorang hamba kepada Penciptanya.
- Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
- Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
- Mendapatkan ketengangandalam menghadapi cabaran dan dugaan di dalam kehidupan.
Banyak ganjaran yang diperolehi apabila selalu mendirikan Solat Tahajjud. Antara lain mudah mendapat rezeki dan doa dimakbulkan Allah.
Lafaz niat:
“Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala”
Pada rakaat pertama ucaplah Al-FatihahSelepas itu surah Al-Kafirun Rakaat kedua ucaplah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas
atau
atau
Boleh juga dibacakan pada raka'at pertama Ayatul Kursi sebanyak 7 kali. Rakaat kedua Surah Al-ikhlas 11 kali
ataupun
10 ayat terakhir, Surah Ali Imran (Rasulullah SAW selalu membaca surah ini didalam solat Tahajjud baginda)
ataupun
10 ayat terakhir, Surah Ali Imran (Rasulullah SAW selalu membaca surah ini didalam solat Tahajjud baginda)
Semasa sujud akhir pada raka'at kedua ucapkanlah sebanyak tiga kali,iaitu
Maksudnya: “Ya Tuhanku masukkanlah aku daripada pintu kebenaran dan keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran juga dan kurniakanlah bagiku disisiMu kekuasaan yang menolong aku.”
Selesai salam solat Tahajjud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:
Kemudian, sambung baca doa Solat Sunat Tahajjud seperti berikut:
Maksudnya : “Ya Allah bagimu segala puji. Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagimulah segala puji,Engkaulah raja penguasa langit dan bumi. BagiMulah segala puji, Pemancar nur (cahaya) langit dan bumi., Engkaulah yang hak dan janjimu adalah benar ,dan perjumpaanmu itu adalah hak dan firmanmu adalah benar dan syurga adalah hak dan neraka adalah hak dan nabi-nabi itu hak benar , dan Nabi Muhammad SAW adalah benar ,dan saat hari kiamat itu benar .Ya Allah kepadamulah kami berserah diri (bertawakal), kepada Engkau jualah kami kembali, dan kepadamulah kami rindu,dan kepada engkaulah kami berhukum . Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan mahupun yang kami nyatakan”. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir .Tiada Tuhan melainkan Engkau Ya Allah Rabbul’alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah”
Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.
“Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”
Kelebihan Solat Tahajjud.
- Tahajjud adalah solat sunat paling afdhal.
- Doa dimakbulkan Allah SWT.
- Memperolehi ketenangan jiwa.
- Merasai diri hampir dengan Allah SWT.
- Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
- Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah SWT.
- Menewaskan gangguan dan godaan syaitan laknatullah.
- Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
- Menjadi lebih berdisiplin ketika bertugas.
- Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
- Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
- Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
- Allah SWT memberika kemudahan dan rezeki berpanjangan.
- Orang yang mendirikan Solat Tahajjud ini disayangi Allah SWT.
- Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
- Mendapat kemuliaan Allah SWT didunia dan akhirat.
- Meninggikan martabat seorang hamba disisi Allah Azza wa Jalla.
No comments:
Post a Comment