Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam ke atas penghulu segala nabi dan rasul, juga sekalian ahli keluarga dan para sahabat baginda saw.
TANDA-TANDA KEBENARAN AL-MAHDI ADALAH TENTERA YANG MENGEJARNYA AKAN DITELAN BUMI
Salah satu daripada tanda-tanda kebenaran al-Mahdi adalah karamah, pemeliharan dan keselamatan yang dikurniakan oleh Allah kepadanya sehingga tiba waktu kemunculannya. Antara tanda-tanda karamah, pemeliharan dan keselamatan ini adalah tentera yang mengejar dan ingin membinasakan al-Mahdi akan musnah ditelan bumi. Penulis akan mengetengahkan beberapa hadis berkaitan kemunculan Imam Mahdi, sebagai bukti untuk mengukuhkan lagi perbincangan ini.
a. Aisyah Ummul Mukminin ra menceritakan, pada suatu hari ketika Rasulullah saw sedang tidur, isteri-isteri baginda melihat tubuh baginda bergetar menggigil. Aisyah melaporkan : Kami bertanya, "Mengapa kamu kelihatan bergetar? Kami melihat satu keadaan yang tidak pernah terjadi ke atas kamu sebelum ini, wahai Rasulullah."
Rasulullah saw menjawab, "Satu keanehan akan terjadi. Sekumpulan umatku akan berangkat menuju ke Baitullah untuk memburu seorang lelaki Quraisy. Lelaki tersebut pergi ke Kaabah bersama-sama rakannya. Apabila kumpulan tersebut tiba di sebuah padang pasir, mereka akan ditelan oleh bumi."
Kami bertanya lagi, "Bukankah di padang pasir itu terdapat bermacam-macam orang?"
Beliau menjawab, "Benar, ada antara mereka yang memang ke sana untuk berperang. Ada juga orang yang sedang berada dalam perjalanan. Mereka semua akan binasa pada waktu dan tempat yang sama walaupun mereka datang dari arah yang berbeza. Pada hari kebangkitan nanti, Allah swt akan membangkitkan mereka menurut niat masing-masing."
(Riwayat Imam Bukhari, kitab al-Buyu' (jual beli), bab Ma Zakira al-Aswaak (riwayat-riwayat tentang pasar), dan Muslim, kitab al-Fitan wa Asyratu As-Sa'ah, bab Pembenaman Tentera-Tentera yang Menuju ke Kaabah)
b. Ummu Salamah menceritakan, Rasulullah saw bersabda, "Seorang lelaki akan datang ke Baitullah (Kaabah), lalu penguasa akan menghantar satu pasukan untuk mengejarnya. Ketika mereka sampai di sebuah padang pasir, mereka akan terbenam ditelan bumi." (Sahih Muslim, kitab al-Fitan wa Asyratus As-Sa'ah)
Nua'man bin Hammad menceritakan, Amru bin al-As berkata, "Antara tanda-tanda kemunculan al-Mahdi adalah sepasukan tentera akan ditelan bumi di sebuah padang pasir." Menurut al-Qurtubi, tentera akan dibenamkan ini adalah tentera yang keluar menuju ke Mekah untuk memerangi al-Mahdi. (At-Tazkirah, bab Berita Kedatangan Khalifah Bernama Al-Mahdi yang akan Muncul di Akhir Zaman dan Tanda-Tanda Kemunculannya)
c. Hafsah Ummul Mukminin ra menceritakan, Rasulullah saw bersabda, "Satu kaum yang mempunyai jumlah dan kekuatan yang tidak bermakna (sedikit dan kelihatan lemah) akan kembali ke Baitullah. Pemerintah akan mengutuskan sekumpulan tentera untuk mengejar mereka, sehingga apabila mereka tiba di sebuah padang pasir, tentera-tentera tersebut akan ditelan bumi." (Sahih Muslim, kitab al-Fitan wa Asyratu as-Sa'ah)
d. Rasulullah saw bersabda, "Seorang lelaki akan dibaiat di antara makan Ibrahim dan sudut Kaabah." (Hadis ini merupakan sebahagian daripada hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, Abu Daud at-Thayalisi dalam Musnadnya dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ia dinilai sahih oleh Syeikh Syakir dan al-Albani dalam as-Sahihah, hadis no.579)
f. Ummu Salamah ra menceritakan, Rasulullah saw bersabda, "Satu pasukan daripada umatku yang datang dari arah negeri Syam akan menuju ke Baitullah untuk mengejar seorang lelaki. Lelaki tersebut akan dijaga oleh Allah dari gangguan dan ancaman mereka." (Riwayat Ahmad dalam al-Musnad. Dalam Majma' az-Zawaid, al-Haithami menyebutkan bahawa dalam sanad hadas ini terdapat Zaid bin Ali. Beliau merupakan perawi yang baik, tetapi mempunyai kelemahan. Walaubagaimanapun, terdapat riwayat lain bagi hadis ini yang diriwayatkan daripada Aisyah, di mana perawinya adalah dipercayai)
Kita telah mengetahui nama al-Mahdi dan ciri-cirinya seperti yang berasal daripada umat Nabi Muhammad saw, berkening lebar dan berhidung mancung. Walaubagaimanapun, sifat-sifat ini mungkin boleh ditemui pada orang lain dan perkara ini akan mengakibatkan kekeliruan. Oleh sebab itu, kita juga perlu mengetahui sifat-sifat khusus yang hanya ada pada Imam Mahdi dan tidak terdapat pada orang lain. Dengan mengetahui sifat-sifat ini, kita dapat mengatasi kekeliruan dan perselisihan yang mungkin timbul dalam mengenali hakikat al-Mahdi yang sebenar (al-Muntazar).
Rasulullah saw menjelaskan sifat-sifat al-Masih ad-Dajjal dengan jelas dan terperinci. Baginda menjelaskan sifat-sifat Dajjal yang tidak dimiliki oleh orang lain, seperti perkataan "Ka Fa Ra" yang tertulis pada dahinya (di antara dua matanya) yang dapat dibaca oleh setiap Mukmin termasuk mereka yang buta huruf. Begitu juga ciri-ciri dan sifat-sifat Isa Ibn Maryam. Ia juga telah diterangkan secara jelas dan terperinci. Tidak cukup dengan itu, baginda juga menerangkan cara Nabi Isa As diturunkan dari langit iaitu dengan cara meletakkan kedua tangannya di atas dua sayap malaikat yang mulia.
Jadi apakah terdapat tanda-tanda yang khusus dan jelas yang dapat menguatkan keyakinan kita bahawa lelaki yang bernama Muhammad bin Abdullah yang memiliki sifat-sifat yang telah disebutkan dan dibaiat di baitullah itu benar-benar al-Mahdi yang ditunggu-tunggu kemunculannya? Jawapannya adalah "Ada".
IMAM MAHDI TIDAK SUKA DIBAIAT
Ummu Salamah menceritakan, baginda saw bersabda, "Ketika seorang khalifah meninggal dunia, satu perselisihan akan berlaku. Seorang lelaki daripada penduduk Madinah akan melarikan diri ke Mekah. Penduduk Mekah akan datang kepadanya dan membawanya ke sebuah tempat di antara Hajar al-Aswad dan Maqam Ibrahim secara paksa, kemudian mereka akan membaiatnya di sana." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Abi Syaibah dan at-Tabarani dalam al-Ausat)
Ummu Salamah menceritakan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Di saat kematian seorang khalifah, satu perselisihan akan terjadi. Seorang lelaki yang merupakan penduduk Madinah akan melarikan ke Mekah. Penduduk Mekah akan mengunjunginya untuk memberikan baiat, dan dia akan keluar dari tempat tinggalnya kerana tidak mahu dibaiat. Dia akan dikejar sehingga sampai di satu tempat di antara Rukun Kaabah dan Maqam Ibrahim, di mana mereka akhirnya berjaya membaiatnya dalam keadaan dia tidak menyukai perbuatan tersebut..." (Riwayat Abu Daud, daripada Muhammad bin Musanna, daripada Mu'az bin Hisyam, daripada ayahnya, daripada Qatadah, daripada Salleh bin Khalil, daripada sahabatnya)
Berdasarkan hadis-hadis di atas, kita dapat mengetahui bahawa antara sifat-sifat dan tanda-tanda yang terdapat pada Imam Mahdi al-Muntazar yang sebenarnya adalah beliau tidak suka dibaiah. Jadi apabila seseorang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi, ataupun sesuatu kumpulan mendakwa pemimpin mereka adalah Imam Mahdi, individu tersebut bukanlah Imam Mahdi yang sebenar. Ini kerana al-Mahdi al-Muntazar sendiri tidak mengetahui bahawa dirinya telah dilantik oleh Allah sebagai Imam Mahdi. Bahkan dia melarikan diri ketika mahu dibaiah oleh ketua-ketua kumpulan "Taifah". Apabila dia diugut untuk dibunuh kerana tidak mahu sama-sama memperjuangkan kebenaran di atas jalan Allah swt, barulah dia merelakan dirinya dibaiah "kerana Allah" sebagai pemimpin umat Islam sejagat.
Ketika itu, kematian seorang pemimpin atau khalifah menyebabkan berlakunya perebutan kuasa. Rampasan kuasa dilakukan oleh salah satu daripada kumpulan-kumpulan yang berselisih pendapat dalam menentukan siapakah yang paling layak untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut, Lelaki yang bakal dilantik sebagai Imam Mahdi telah dituduh sebagai perancang rampasan kuasa tersebut. Bagi mengelakkan fitnah, dia pun melarikan diri ke Mekah. Hanya sebahagian kecil daripada pengikutnya mengikutinya. Dalam masa yang sama, sekumpulan tentera telah dikerahkan supaya mengejar Imam Mahdi dan membunuhnya. Tetapi Allah swt akan memelihara Imam Mahdi dan tentera-tentera yang mengejarnya akan ditelan oleh bumi.
Selepas peristiwa tersebut, nama al-Mahdi menjadi mahsyur di seluruh dunia. Ketika itulah wakil-wakil umat Islam daripada Timur dan Barat akan datang kepadanya. Mereka akan berbaiat dan berjanji untuk sama-sama mendukung perjuangan meninggikan kalimah Allah, dengan syiar: "Memilih di antara dua kebaikan, iaitu meraih kemenangan atau mati syahid." (Eisy kariman au mut syahidan - hidup mulia ataupun mati syahid)
Demikianlah bukti-bukti yang menunjukkan bahawa Imam Mahdi tidak suka ditonjolkan sebagai pemimpin, apatah lagi bagi mendakwa dirinya sebagai al-Mahdi. Bahkan dia sendiri tidak mengetahui bahawa dia telah ditakdirkan oleh Allah swt sebagai al-Mahdi al-Muntazar.
RUMUSAN DAN KESIMPULAN DARIPADA HADIS-HADIS DI ATAS
Sebelum menutup perbahasan mengenai masalah ini, penulis akan membuat kesimpulan tentang tanda-tanda kemunculan al-Mahdi dan pembaiatannya. Penulis mengemukakan dalil yang sahih (kuat dan tegas) yang menjelaskan tentang "tempat" dan "arah" kemunculan Imam Mahdi sebelum beliau dibaiat di Kaabah. Perkara ini boleh disimpulkan seperti berikut :
Pertama : Al-Mahdi akan keluar dari arah Timur. Hal ini diterangkan oleh Ibn Kathir dalam kitab beliau yang berjudul al-Fitan wa al-Malahim, jilid yang pertama, bab riwayat tentang al-Mahdi.
Kedua : Al-Mahdi akan keluar dari arah Barat atau Maghrib. Ini merupakan pendapat Imam Qurtubi. (Rujuk: At-Tadzkirah, bab Dari Manakah keluarnya Al-Mahdi dan Tanda-Tanda Keluarnya)
Ketiga : Al-Mahdi berasal dari Madinah, kemudian beliau akan melarikan diri (berhijrah) ke Mekah , sebagaimana yang disebutkan dalam hadis yang lepas.
Kesimpulannya, walaupun tempat keluar, ciri-ciri dan tanda-tanda kemunculan al-Mahdi telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad saw dalam hadis-hadis yang sahih, hakikat sebenar tentang siapakah sebenarnya Imam Mahdi itu hanya diketahui oleh Allah swt. Negara asal Imam Mahdi dan tempat kemunculannya yang sebenar sengaja dirahsiakan daripada manusia. Ini bertujuan untuk melindungi tempat atau negeri kemunculan al-Mahdi dan diri al-Mahdi itu sendiri daripada kejahatan serta tipu daya musuh-musuh yang sentiasa berniat jahat dan mencari peluang untuk menghapuskan beliau. Sekiranya tempat kemunculan al-Mahdi tidak dirahsiakan dan diketahui umum, mudahlah musuh-musuh Islam melaksanakan perancangan jahat mereka. Secara tidak langsung hal ini menjelaskan kepada kita tentang keyakinan musuh-musuh Islam terhadap kemunculan al-Mahdi. Jadi kenapa umat Islam sendiri masih meragui kemunculan beliau?
Terdapat banyak riwayat yang menjelaskan tentang satu kejadian aneh di mana pasukan tentera yang memburu Imam Mahdi akan terbenam ke perut bumi. Ketika mereka terus berusaha untuk mengejar Imam Mahdi, tiba-tiba bahagian tengah pasukan tersebut terbenam ke dalam bumi dan tidak dapat dilihat lagi oleh pasukan belakang. Tentera-tentera yang masih berbaki berada kebingungan dan ketakutan. Mereka saling berteriak dan bertempiaran sambil meminta pertolongan. Tetapi azab Allah swt tiba sebelum teriakan mereka disahut. Akhirnya seluruh anggota pasukan ditelan bumi, kecuali seorang ataupun dua orang yang sengaja diselamatkan oleh Allah swt sebagai bukti kebenaran Allah Yang Maha Berkuasa Lagi Maha Benar. Mereka terselamat akan menceritakan kejadian aneh yang menimpa pasukan mereka kepada orang ramai.
Pasukan tentera yang memburu dan mengejar Imam Mahdi terdiri daripada tentera-tentera pejalan kaki (infantri). Ini membuktikan bahawa Perang Armagedon yang berlaku sebelum kemunculan al-Mahdi merupakan satu peperangan yang amat dahsyat. Ia telah menghancurkan sebahagian besar senjata-senjata canggih seperti peluru berpandu, pesawat dan jet pejuang. Jika senjata-senjata dan kelengkapan perang yang canggih masih wujud, sudah tentu pasukan tersebut tidak menyusahkan diri merentas padang pasir yang panas dengan berjalan kaki, untuk satu perjalanan yang sangat jauh (Syam ke Mekah). Lebih-lebih lagi masalah yang sedang mereka hadapi ketika itu merupakan masalah yang sangat penting dan perlu diselesaikan segera.
Peristiwa pasukan tentera yang ditelan oleh bumi merupakan suatu pembalasan dan azab daripada Allah swt. Dalam hadis yang lalu, kita telah mengetahui bahawa Rasulullah saw membezakan antara Mustabshir (orang yang memang berniat untuk memerangi al-Mahdi), Majbur (orang yang dipaksa untuk memerangi al-Mahdi) dan Ibn Sabil (para musafir yang kebetulan berada di tempat tentera tersebut dibenamkan). Ketiga-tiga golongan ini terbenam ditelan bumi, tetapi diakhirat kelak mereka akan dibangkitkan semula berdasarkan niat masing-masing. Tetapi kita perlu beringat dan memohon perlindungan daripada Allah swt agar tidak tergolong dalam pasukan malang yang ditelan bumi. Semoga kita tergolong dalam penyokong serta pendukung Imam Mahdi, Muhammad bin Abdullah, yang akan muncul sebagai khalifah di akhir zaman.

Kedudukan Hajar al-Aswad (1) dan Maqam Ibrahim (7)
Hajar al-Aswad
Maqam Ibrahim
Pemandangan Maqam Ibrahim dan Kaabah

No comments:
Post a Comment