Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam ke atas penghulu segala nabi dan rasul, juga sekalian ahli keluarga dan para sahabat baginda saw.
Terdapat pelbagai riwayat daripada Nabi Muhammad saw yang menerangkan daripada riwayat-riwayat tersebut mencapai status hadis mutawatir. Namun persoalan Imam Mahdi masih menjadi pertikaian yang menimbulkan pelbagai pendapat yang kadangkala bertentangan antara satu sama lain. Bahkan terdapat sebahagian ilmuan Islam yang menolak kewujudan Imam Mahdi. Selain itu, beberapa individu tertentu pula mengakui dirinya adalah Imam Mahdi.
Oleh itu, penulis akan memaparkan bukti dan keterangan tentang kewujudan Imam Mahdi bagi menjelaskan kedudukan Imam Mahdi yang sebenar. Al-Mahdi yang akan dibahaskan dalam artikel ini adalah al-Mahdi al-Muntazar. Berikut adalah pandangan beberapa tokoh tentang kewujudan Imam Mahdi :
a. 'Syeikh Muhammad al-Barzanji (meninggal pada 1103 H) dalam kitabnya al-Isya'ah fi Asyrati as-Sa'ah (berita tentang isyarat-isyarat kiamat) menyebut, antara tanda-tanda besar hari Kiamat adalah kemunculan Imam Mahdi. Menurut beliau, terdapat banyak hadis Nabi Muhammad saw yang menerangkan tentang Imam Mahdi. Sebahagian daripada hadis-hadis tersebut mencapai darjat mutawatir secara maknawi. Oleh itu, tidak ada sebarang alasan yang boleh digunakan untuk mengingkari hadis-hadis tersebut. (Rujuk: al-Isha'ah, halaman 87 dan 112)
b. Syeikh Muhammad As-Safaraini (meninggal pada 1188 H) dalam kitabnya Lawami'ul Al-Anwar Al-Bahiyyah berkata, "Jumlah riwayat-riwayat yang menceritakan tentang kemunculan Imam Mahdi terlalu banyak, sehingga mencapai darjat hadis mutawatir secara maknawi (hadis-hadis yang membawa maksud yang sama). Perkara ini bukanlah sesuatu yang asing bagi para ulama hadis, bahkan ianya merupakan salah satu daripada iktikad mereka." (Rujuk: Mukhtasar Lawami'u al-Anwar al-Bahiyyah wa Sawti' al-Asrar al-Asariyyah, halaman 334)
c. Imam as-Syaukani (meninggal dunia pada 1250 H), pengarang kitab Nailu Authar berkata, "Terdapat kira-kira 50 buah hadis berkaitan Imam Mahdi yang boleh dijadikan pegangan. Hadis-hadis ini terdiri daripada hadis-hadis sahih, hasan, daif dan munjabir. Sebahagian besar daripada hadis-hadis tersebut adalah hadis-hadis mutawatir, yang tidak ada keraguan padanya." (Rujuk: Kitab at-Taudhih fii Tawaturi maa Jaa'a fii al-Muntazar wa ad-Dajjal wa al-Masih - keterangan tentang mutawatirnya hadis-hadis yang menerangkan al-Mahdi al-Muntazar, Dajjal dan Isa al-Masih)
Kitab ini turut dijadikan rujukan oleh Syeikh Shiddiq Khan dalam kitabnya Al-Izha'ah, halaman 113, Syeikh Abdul Muhsin al-'Abbad, dalam kitabnya ar-Raddu 'alaa Man Kazzaba bi al-Ahlisunnah wa al-Athar fii al-Mahdi al-Muntazar dan Syeikh Muhammad bin Ismail al-Miqdam dalam al-Mahdi Haqiqah La Khurafah, halaman 7.
d. Menurut Syeikh Siddiq Hassan al-Qanuji (meninggal pada 1307 H), hadis-hadis Nabi Muhammad saw yang menceritakan tentang al-Mahdi terdapat dalam pelbagai riwayat, dan jumlahnya adalah banyak, sehingga mencapai darjat mutawatir. (Rujuk: Kitab al-Izha'ah dan kitab Linma Kana wa Takuna Baina Yadaiyissa'ah, Syeikh Shiddiq Khan, halaman 113)
Kesimpulannya, hadis-hadis yang menerangkan tentang al-Mahdi merupakan hadis mutawatir. Kewujudan Imam Mahdi juga dipersetujui hampir semua ulama. (Ia tidak dikira sebagai ijmak kerana masih terdapat beberapa orang ulama, antaranya Imam Ibn Khaldun, yang menolak kewujudan Imam Mahdi). Sebagai umat Islam, kita wajib beriman dengan iktikad dan tashdiq bahawa Allah akan mengutuskan seorang lelaki dari kalangan umat Muhammad saw yang akan memimpin kaum Muslimin dalam menghadapi huru-hara dan peperangan-peperangan di akhir zaman. Lelaki inilah yang dikenali sebagai Imam Mahdi.
Para ilmuan Islam memberikan tumpuan yang besar terhadap hadis-hadis berkaitan al-Mahdi. Lebih daripada 30 buah kitab telah dikarang oleh para ulama untuk menerangkan kepada umat Islam tentang Imam Mahdi.
Topik berkenaan Imam Mahdi adalah salah satu daripada perbincangan utama yang akan dibahaskan dalam artikel ini. Kemunculan al-Mahdi akan berlaku selepas Perang Armagedon. Ramai orang berbicara tentang peperangan tersebut tetapi mereka tidak mengaitkannya dengan kemunculan Imam Mahdi. Oleh itu, penulis akan membincangkan masalah Imam Mahdi bersesuaian dengan realiti zaman kotemporari. Penulis juga cuba menjelaskan bagaimana kemuculan al-Mahdi menjadi garis penghubung antara tanda-tanda kiamat yang kecil dan tanda-tanda kiamat yang besar.
Penulis tidak akan membicarakan tentang hadis-hadis berkaitan Imam Mahdi secara panjang lebar. Tumpuan akan diberikan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan sifat-sifat al-Mahdi tanda-tanda kemunculannya dan huru hara serta peperangan yang akan terjadi pada zamannya.
Abdullah bin Mas'ud memberitahu bahawa Nabi Muhammad saw bersabda, "Apabila umur dunia ini hanya berbaki sehari, Allah akan memanjangkan hari tersebut. Pada hari itu seorang lelaki dari keturunanku atau dari keluargaku akan diutuskan. Namanya sama seperti namaku, dan nama ayahnya juga sama seperti nama ayahku."
(Hadis riwayat Abu Daud, daripada Sufyan As-Tsauri, Abu Bakar, 'Abbas, Zaibah, Qatr, dan Muhammad bin Ubaid, daripada Ashim bin Abu Nujud)
1. SIAPAKAH AL-MAHDI AL-MUNTAZAR?
Al-Mahdi al-Muntazar (yang ditunggu) adalah seorang lelaki muda dari kaum Muslimin yang berasal daripada umat Nabi Muhammad saw. Namanya adalah Muhammad bin Abdullah (namanya sama dengan Nabi Muhammad saw). Al-Mahdi merupakan salah seorang daripada khalifah dan pemimpin yang mendapat petunjuk.
2. SIFAT-SIFAT DAN CIRI-CIRI IMAM MAHDI
Sebagaimana yang disebutkan oleh Nabi Muhammad saw, al-Mahdi atau Muhammad bin Abdullah adalah seorang lelaki yang berhidung mancung dan berkening luas. Dia akan mentadbir bumi dengan keadilan setelah sebelumnya ia dipenuhi dengan kezaliman dan ketikadilan. Pemerintahan al-Mahdi akan berlangsung selama tujuh, lapan ataupun sembilan tahun. (Hadis hasan,diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Hakim daripada Abi Said al-Khudri. Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah, sanad hadis ini baik. Al-Albani menilai hadis ini sebagai hasan dalam kitabnya Takhrij al-Misykat dan Sahih al-Jami')
Imam Mahdi akan memainkan peranannya di tengah-tengah masyarakat selam tujuh, lapan ataupun sembilan tahun. Ketika itu, masyarakat akan merasakan kedamaian dan kenikmatan yang tidak dikecapi sebelum ini. Selepas itu, barulah Allah swt akan menurunkan Nabi Isa As. Allah akan mempersiapkan Imam Mahdi dan mengislahkannya dalam masa satu malam, kemudian menguatkannya dengan bantuan. (Riwayat at-Tabrani, al-Bazzar dan Abu Nu'aim. Hadis ini dinilai sahih oleh as-Suyuti dalam al-Jami' dan al-Albani dalam as-Silsilah as-Sahihah, hadis no.1529)
Apakah maksud ungkapan, "Allah akan mempersiapkan dan mengislah al-Mahdi dalam waktu satu malam?" yang terdapat dalam hadis di atas? Menurut para ulama, ungkapan ini mengandungi dua tafsiran, iaitu :
Pertama, Sebelum dilantik sebagai Imam Mahdi,Muhammad bin Abdullah selaku manusia biasa turut mempunyai beberapa kekurangan. Kemudian Allah swt mengampuni dosanya, menunjukkan kepadanya jalan yang lurus, memberikan ilham-ilham kepadanya dan meningkatkan maqamnya. (Rujuk: al-Fitan wa Al-Malahim, tentang berita al-Mahdi, Ibn Kathir, jilid 1)
Kedua, Allah swt mempersiapkan al-Mahdi untuk menjadi khalifah dan memimpin kaum Muslimin dalam menghadapi huru-hara dan peperangan terakhir.
Pada pandangan penulis, tafsiran yang kedua merupakan tafsiran yang paling tepat. Ini kerana apabila orang Arab menyebut ungkapan "semoga Allah mengislahkan anda", ia membawa maksud pujian dan doa. Sama seperti ucapan seorang kepada raja, "Semoga Allah menunjukkannya jalan, meluruskan langkah-langkahnya dan memperbaiki keadaannya."
Seterusnya penulis akan mengemukan hadis-hadis yang menerangkan kepada kita tentang sifat-sifat Imam Mahdi. Penulis juga akan mengemukakan komentar-komentar ulama terhadap hadis-hadis tersebut.
a. Abu Said al-Khudri menceritakan, Rasulullah saw bersabda, "Al-Mahdi berasal daripada umatku. Dia berkening lebar dan berhidung mancung. Dia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan (penganiayaan) sebelum kemunculannya. Pemerintahannya akan berlangsung selama tujuh, lapan, ataupun sembilan tahun." (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim, Menurut Ibn Qayyim al-Jauziah sanad hadis ini baik. (lihat al-Manar al-Munif). Al-Albani menilainya sebagai hasan dalam karyanya Takhrij Al-Misykat dan Sahih al-Jami')
b. Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya bumi akan dipenuhi oleh kezaliman dan penganiayaan. Apabila kezaliman serta penganiayaan itu telah tersebar luas, Allah swt akan mengutuskan seorang lelaki yang berasal daripada umatku. Namanya seperti namaku, dan nama bapanya juga seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah). Dia akan memenuhkan bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi dengan kezaliman dan penganiayaan sebelum kemunculannya. Ketika itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan begitu juga bumi, ia juga tidak akan menahan sedikitpun dari tanam-tanamannya. Dia akan hidup bersama kamu selama tujuh ataupun lapan tahun, ataupun paling lama sembilan tahun." (Riwayat at-Tabrani, al-Bazzar dan Abu Nu'aim. Hadis ini dinilai sahih oleh Imam as-Suyuti dalam al-Jami', dan al-Albani dalam as-Silsilah as-Sahihah, hadis no.1529)
c. Rasulullah saw bersabda, "Al-Mahdi berasal daripada umatku, dia akan diislahkan oleh Allah swt dalam tempoh satu malam." (Riwayat at-Tabrani, al-Bazzar dan Abu Nu'aim. Hadis ini dinilai sahih oleh imam as-Suyuti dalam al-Jami', dan al-Albani dalam as-Silsilah as-Sahihah, hadis no.1529)
d. Ummu Salamah menceritakan, bahawa Rasulullah saw bersabda, "Al-Mahdi berasal daripada umatku, daripada keturunan anak cucuku." (Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan al-Hakim. As-Suyuti menilainya sebagai sahih dalam al-Jami'. Menurut al-Albani, sanad hadis ini baik, semua perawinya dipercayai dan ia mempunyai banyak penguat. Rujuk: As-Silsilah as-Sahihah, jilid 1, halaman 108)
e. Jabir bin Abdullah dan Abu Said al-Khudri menceritakan, Rasulullah saw bersabda, "Seorang Khalifah daripada kalangan umatku akan muncul di akhir zaman. Dia akan membahagi-bahagikan harta kekayaan yang melimpah ruah, dan dia tidak akan menghitung-hitungnya sama sekali." (Riwayat Ahmad dalam Musnadnya dan Muslim dalam sahihnya)
Sebelum kita memasuki perbincangan seterusnya, iaitu berkenaan waktu dan tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi, penulis ingin memberikan penjelasan tentang beberapa perkara.
a. Kemunculan Imam Mahdi bukan berasal dari usahanya sendiri dan bukan juga suatu permintaan darinya. Dia sendiri tidak mengetahui langsung bahawa Allah swt akan mengislahkannya dalam tempoh satu malam dan mempersiapkan untuknya suatu kaum yang berjumlah sedikit serta tidak punya persiapan dan kekuatan. Ketika orang ramai membaiatnya di Kaabah, dia sendiri tidak menyukai baiat tersebut.
b. Kemunculan al-Mahdi al-Muntazar pada akhir zaman telah ditakdirkan oleh Allah swt dan telah tertulis dalam Ummul Kitab (Lauhul Mahfuz) dan dia pasti akan muncul. Kemunculannya adalah sama seperti kemunculan al-Masih ad-Dajjal, penurunan Isa Ibn Maryam, kemunculan Yakjuj dan Makjuj serta tanda-tanda hari kiamat yang lain.
Sebagaimana yang telah dijelaskan, hadis-hadis yang menerangkan tentang Imam Mahdi mencapai darjat mutawatir. Hadis mutawatir menunjukkan ilmu yang qat'ie (putus) yang tidak dapat digugat lagi. Oleh itu, setiap mukmin wajib mengimani dan mengamalkan kandungan hadis mutawatir. Pengingkaran terhadap hadis mutawatir boleh menyebabkan seseorang menjadi kufur dan murtad.
3. BILAKAH AL-MAHDI AL-MUNTAZAR AKAN MUNCUL?
Topik ini merupakan antara topik-topik terpenting dalam artikel ini. Melalui topik ini, penulis ingin mengajak semua orang Islam mengambil tahu dan mempelajari tentang kemunculan Imam Mahdi. Kemunculan al-Mahdi adalah satu kebenaran yang nyata. Ia merupakan salah satu daripada perkhabaran yang ditakdirkan kemunculannya, dan akan terjadi dalam jarak waktu yang sangat dekat. Ketika itu Allah swt akan menzahirkan kebenaran dan mendedahkan segala kebatilan. Sesungguhnya kita meyakini kemunculan al-Mahdi akan berlaku selepas tercetusnya peperangan yang menjadi petanda bahawa kemunculannya telah hampir, iaitu Perang Armagedon.
Seterusnya penulis akan mengemukakan hadis-hadis yang menerangkan tentang waktu kemunculan al-Mahdi. Kemudian penulis akan mengkaji hubungan antara hadis-hadis tersebut dengan realiti yang berlaku pada hari ini. Ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas terhadap persoalan yang dibincangkan.
Hadis Pertama
Dzu Makhmar menceritakan, Rasulullah saw bersabda, "Kamu semua akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rom. Kemudian kamu akan memerangi musuh kamu dengan bantuan mereka. Kamu akan selamat dan memperolehi harta rampasan perang. Selepas itu, kamu semua tiba di sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit. Seorang lelaki daripada kaum Rom akan berdiri dan mengangkat tanda salib lalu berkata, 'Salib telah menang!'. Seorang lelaki Muslim akan datang dan membunuh lelaki Rom tersebut. Perkara ini akan menyebabkan Rom mengkhianati perjanjian, dan berlakulah peperangan. Mereka akan bersatu mengumpul kekuatan untuk menghadapi kamu di bawah 80 pasukan, di mana setiap pasukan terdiri daripada 12 ribu tentera."
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah)
Hadis Kedua
Abu Hurairah menceritakan, Rasulullah saw bersabda, "Kiamat tidak akan berlaku sehingga kaum Rom turun di kota Amaq dan Dabiq (berdekatan Damsyik). Satu pasukan yang datang dari Madinah akan menghalang mereka. Pasukan ini terdiri daripada penduduk-penduduk bumi yang terpilih. Ketika mereka sudah berada dalam barisan tentera, orang Rom berkata, 'Biarkan kami berurusan dengan orang yang memisahkan diri daripada kami (iaitu orang-orang Rom yang memeluk Islam selepas perang Armagedon)' Orang-orang Islam menjawab, 'Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami.' Ketika al-Mahdi dan para pengikutnya sampai ke Syam, Dajjal akan muncul. Mereka bersiap sedia untuk berperang, dan menyusun barisan ketenteraan dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu solat subuh sudah masuk, turunlah Isa Ibn Maryam."
(Riwayat Muslim dan al-Hakim)
Hadis Ketiga
Ummu Salamah menceritakan, Rasulullah saw bersabda, "Ketika meninggalnya seorang Khalifah, satu perselisihan akan berlaku. Seorang lelaki daripada penduduk Madinah akan melarikan diri ke Mekah. Penduduk Mekah akan datang kepadanya dan membawanya ke sebuah tempat di antara Hajar al-Aswad dan Maqam Ibrahim secara paksa, kemudian mereka akan membaiatnya di sana." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Abi Syaibah dan at-Tabrani dalam al-Ausat. Menurut al-Haithmi dalam Majma' Az-Zawaid, perawinya adalah perawi hadis sahih. Menurut Ibnu Qayyim pula, status hadis ini adalah hasan. Sebenarnya pada sanad hadas ini terdapat seorang perawi yang dianggap lemah oleh ramai ulama hadis. Perkara ini disebutkan oleh al-Albani dalam kitabnya Silsilah Ad-Daifah (hadis no.1965). Walaubagaimanapun, terdapat riwayat-riwayat lain yang menyokong hadis ini dan mengeluarkannya daripada status lemah. (Rujuk: Silsilah as-Sahihah karya al-Albani, hadis no.1924)
Hadis Keempat
Rasulullah saw bersabda, "Pengkalan kaum Muslimin pada hari peperangan besar adalah sebuah tempat bernama Ghuthah, yang terletak berdekatan sebuah kota yang bernama Damsyik (Damaskus). Ia merupakan tempat tinggal yang terbaik bagi kaum Muslimin pada waktu itu." (Riwayat Ahmad dan Abu Daud. Ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Sahih al-Jami')
Setelah meneliti hadis-hadis di atas, dapatlah disimpulkan bahawa tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi adalah seperti berikut :
Pertama, ketika peperangan dunia berlaku, pada mulanya kaum Muslimin dan kaum Rom berada dalam satu blok. Mereka akan berhadapan dengan blok-blok lain, iaitu blok komunis ataupun blok Syiah, ataupun kedua-duanya sekali. Ini bersesuaian dengan apa yang disebutkan dalam hadis, "Kamu semua akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rom. Kemudian kamu akan memerangi musuh kamu dengan bantuan mereka." Pakatan Muslimin-Rom juga akan memperolehi kemenangan, sepertimana yang disebutkan oleh baginda saw., "Kamu akan selamat dan memperolehi harta rampasan perang."
Perang dunia (multi-nasional) yang disebutkan dalam hadis dan bibit-bit permulaannya sedang berlaku di hadapan mata kita. Pada zaman sekarang, umat Islam dan bangsa Rom (Bani Ishaq, Eropah dan Amerika) berada dalam satu perdamaian dan tidak berhadapan dengan permusuhan terbuka (seperti Perang Salib dan zaman Penjajahan/Imperialisme). Dalam masa yang sama, blok komunis yang dianggotai China, Rusia dan pengikut-pengikut mereka mengadakan perjanjian dan persepakatan untuk membina kekuatan dan mencapai kemenangan. Sebagai contoh, Rusia sedang menambahkan keakraban hubungannya dengan China.
Dunia pada saat ini sedang menumpukan perhatian kepada kawasan Timur Tengah, di mana terdapat perjanjian-perjanjian dan persepakatan yang merisaukan sejak akhir-akhir ini. Perkara ini tidak pernah terjadi selama berabad-abad sebelum ini.
Akhbar al-Ahram, Kaherah, edisi April 1966 melaporkan bahawa Amerika Syarikat menemui sebuah markas gergasi yang dirahsiakan. Ia telah dibina oleh Rusia dan diyakini akan menjadi pusat kawalan nuklear. Dalam pada itu, Turki dan Israel dalam diam-diam meneruskan persepakatan mereka. Amerika pula merancang persepakatan dengan Jepun. Semua ini sepatutnya cukup untuk menggetarkan telinga umat Islam di negara-negara Arab.
Kedua, bilakah peperangan tersebut akan berlaku? Jawapannya hanya Allah swt yang lebih mengetahui. Menurut kebanyakan Ahli Kitab, peperangan ini akan terjadi pada awal abad yang ke 21. Jadi sekarang ini mereka sedang menunggu kemunculan "Penyelamat" atau al-Masih yang akan turun ke bumi untuk menyelamatkan mereka.
Menurut orang-orang Yahudi pula, mereka sedang menunggu "Sang Penyelamat" atau "Raja Yang Mendapat Ilham" bernama "Messiah". Dia akan memimpin mereka untuk menguasai dunia. Bahkan mereka meramalkan perkara ini akan terjadi lebih awal, iaitu pada bulan April 1998. Tarikh ini merupakan ulang tahun yang ke-50 bagi negara Israel. Perkara ini dijelaskan oleh Father Destours dalam bukunya, Beberapa Perhatian dalam Kitab Daniel. Dalam buku tersebut, Destours menyebutkan bahawa kemunculan al-Masih yang pendusta akan berlaku selepas penubuhan negara Israel pada tahun 1948.
Orang-orang Nasrani atau Kristian menggelar tokoh yang didakwa "Penyelamat Yahudi" ini "Al-Masih Yang Pendusta", "Si Ingkar Yang Menghancurkan" dan "Anti-Christ" dan mengaku sebagai Tuhan. Semua kenyataan ini merujuk kepada Dajjal. Seperti orang-orang Islam, mereka juga menunggu kemunculan Isa al-Masih.
Orang-orang Islam juga mempercayai kemunculan Dajjal. Mereka menamakannya dengan nama yang telah disebutkan oleh Nabi Muhammad saw, iaitu "al-Masih Ad-Dajjal". Dajjal dan para pengikutnya akan menetap di Haikal Sulaiman di atas tapak Masjid Al-Aqsa sekarang ini. Jika kita perhatiakan dengan situasi dunia pada hari ini, orang-orang Yahudi di Israel sedang giat berusaha merampas lokasi-lokasi di sekitar Masjid al-Aqsa. Tujuan penguasaan lokasi-lokasi tersebut adalah untuk dijadikan tapak pembinaan Haikal Sulaiman (Solomon Temple).
Dajjal akan muncul bersama para pendeta Yahudi untuk mempersembahkan seekor haiwan sembelihan atau korban yang akan dibakar. Para pengikut Dajjal akan mengelilingi haiwan korban tersebut sambil berdoa pada Tuhan agar mengirimkan api dari langit untuk membakar korban tersebut. Jika api muncul dari langit dan membakar korban tersebut, ia merupakan tanda korban itu diterima. Mereka akan berada di sana selama tujuh hari. Sebagaimana yang kita ketahui, perkara ini tidak pernah terbukti di alam realiti.
Menurut orang-orang Yahudi lagi, hari kebesaran bagi ketiga-tiga agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi yang melibatkan penyembelihan, berlaku pada bulan yang sama pada tahun 1998, iaitu pada bulan April. Tarikh Hari Raya Korban atau Aidil Adha ataupun 'Idul Adha jatuh pada tanggal 5 hingga 8 April 1998, sementara tarikh hari raya Paska pula jatuh pada tarikh 10 hingga 17 April 1998. Oleh sebab itulah mereka meramalkan April 1998 sebagai tarikh kemunculan :Sang Penyelamat" yang dikenali sebagai "Messiah". Mereka percaya dia akan memimpin dan menyelamatkan mereka daripada umat-umat yang rosak dan buta huruf.
Firman Allah swt, maksudnya :
Firman Allah swt, maksudnya :
"Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang yang Ummi, dan mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahu (bahawa mereka adalah berdusta)."
(Surah Ali Imran [3] : 75)
Menurut orang-orang Kristian, kemunculan al-Masih (Nabi Isa As) dari langit akan berlaku pada permulaan Perang Armagedon. Menurut ramalan mereka, ia akan berlaku pada musim luruh tahun 2001. Walaubagaimanapun, tarikh yang mereka ramalkan sudahpun berlalu dan tidak ada apa-apa yang berlaku. Orang-orang Kristian mempercayai bahawa al-Masih akan mengangkat para pengikutnya ke atas awan, supaya mereka tidak disusahkan dan tidak disakiti oleh keganasan perang tersebut. Maksudnya, penurunan al-Masih bertujuan untuk membawa keamanan kepada para pengikutnya dan menempatkan mereka pada kebahagiaan yang kekal.
Catatan : Orang-orang Islam juga mempercayai kemunculan al-Masih Ibn Maryam dan penurunannya dari langit. Namun begitu, terdapat perbezaan antara keyakinan orang-orang Islam dan orang-orang Kristian dalam perkara ini. Menurut kepercayaan orang-orang Islam, al-Masih akan turun sebagai Rasul, bukannya sebagai Tuhan. Baginda As akan melaksanakan syariat Nabi Muhammad saw, antaranya menghancurkan salib, membunuh babi dan menghapuskan jizyah (cukai yang dikenakan oleh kerajaan Islam terhadap orang yang tidak mahu memeluk Islam). Baginda As akan mengikut syariat Nabi Muhammad saw dan tidak akan menerima agama lain selain daripada agama Islam.
Apakah pandangan agama Islam tentang perang ini? Kita juga mempercayai peperangan tersebut akan terjadi. Saat tercetusnya peperangan ini juga semakin hampir, bahkan lebih hampir daripada ramlan para orang-orang yang menantikan kemunculannya. Namun begitu, berbeza dengan orang-orang Yahudi dan Kristian, Rasulullah saw tidak menetapkan tarikh-tarikh tertentu bagi peperangan tersebut. Baginda saw hanya memberikan panduan umum yang terdiri daripada tanda-tanda dan isyarat-isyarat kemunculannya. Cuma kita mengatakan ianya semakin hampir kerana semua tanda-tanda dan isyarat-isyarat yang diterangkan oleh baginda sudahpun berlaku. Jadi, tugas kita sekarang adalah mempersiapkan diri dengan meningkatkan keimanan dan ketakwaan, serta menambahkan amalan-amalan yang penuh dengan keikhlasan dan kesempurnaan.
Ketiga, waktu pengkhianatan Rom. Selepas Perang Armagedon selesai, pihak Rom (Bani Ishaq, Eropah dan Amerika) akan melakukan tipu daya dan pengkhianatan terhadap pihak Muslimin. Ketika itu kita sudah memperolehi kemenangan dan mendapat harta rampasan perang. Seorang lelaki Rom akan berdiri sambil mengangkat tanda salib, lalu menyeru, "Salib telah menang!". Seorang lelaki Muslim akan bangun atas dasar kecintaan terhadap agama, menyerang lelaki tersebut dan menewaskannya. Pihak Rom akan pulang ke negara mereka untuk merancang serangan ke atas pihak Muslimin. Mereka akan mengumpulkan kekuatan dalam tempoh sembilan bulan. Tempoh sembilan bulan ini ada disebut oleh Rasulullah saw dalam sebuah hadis. Baginda saw bersabda, "Mereka akan mengumpulkan kekuatan untuk menyerang kamu dalam tempoh sembilan bulan, seperti tempoh hamil seorang wanita." (Riwayat Imam Ahmad)
Ketika proses pengumpulan kekuatan tersebut berlaku, al-Mahdi akan muncul. Beliau akan memimpin kaum Muslimin menghadapi peperangan yang paling besar yang disebut al-Malhamah al-Kubro. Kepimpinan beliau berpusat di Ghutah, berdekatan kota Damsyiq. Tentera Rom juga akan bergerak ke Syria dan turun di kota Amaq ataupun Dabiq. Kedua-dua kota ini juga terletak berdekatan dengan kota Damsyiq. Tentera Rom terdiri daripada 80 pasukan, setiap pasukan dianggotai oleh 12 ribu orang. (Rujuk hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, dan Ibn Majah, daripada Dzu Makhmar)
Keempat, peristiwa meninggalnya seorang khalifah. Kemunculan Imam Mahdi berlaku ketika seorang Khalifah meninggal dunia. Perselisihan dan perebutan kuasa akan berlaku seperti yang diterangkan dalam hadis sebelum ini. Ketika itulah orang ramai akan membaiat al-Mahdi.
Kesimpulannya, al-Mahdi akan muncul ketika berlakunya perselisihan dan perebutan kuasa ekoran kematian seorang khalifah. Ketika itu juga pihak Rom akan mengkhianati perjanjian yang telah mereka persetujui. dengan pihak Muslimin.
4. TANDA KEDATANGAN IMAM MAHDI ADALAH KEMUNCULAN BINTANG BEREKOR
Abu Umamah menceritakan, bahawa Nabi Muhammad saw bersabda, "Di akhir zaman nanti, manusia akan pergi menunaikan haji dengan pelbagai niat. Para pemerintah pergi ke Mekah dengan tujuan melancong. Para pedagang pula ingin berniaga, para fakir mahu mengemis, dan para qari menunjuk-nunjukkan bacaannya agar dipuji dab diberi gelaran, Ketika itu akan muncul bintang yang berekor." (Riwayat Ibn Mardawayh)
Ka'ab ra berkata, "Sebelum kemunculan Imam Mahdi, bintang akan keluar daripada Timur. Bintang itu mempunyai ekor."
Sayidina Ali ra berkata, "Kedatangan al-Mahdi akan didahului kemunculan bintang berekor yang menakjubkan. Ia berbeza dengan bintang-bintang yang muncul pada setiap dua pertiga dekad, seperti dua pertiga abad dan setiap abad. Ia merupakan bintang yang pertama kali muncul setelah beberapa abad berlalu. Ia meliputi dan bersalji, kelajuannya pula menyamai kelajuan cahaya matahari ketika fajar menyinsing. Bahagian hujung depan dan belakangnya bertemu sehingga kelihatan seperti lingkaran raksasa. Bintang tersebut akan memancarkan sinaran terang dalam langit yang gelap, sehingga ia kelihatan seperti matahari yang sedang terbit. Akhirnya ia kembali beredar pada landasan orbitnya. Selepas itu, banyak malapetaka dan kematian akan berlaku. Ia merupakan keuntungan bagi orang yang baik dan kerugian bagi orang yang jahat."
Perkara yang sama turut disebutkan oleh al-Barzanji dalam kitab beliau.
Pada suatu hari, Abdullah bin Malikah pergi bertemu dengan Ibn Abbas. Ibn Abbas menceritakan bahawa beliau tidak dapat tidur sehingga pagi. Lalu Abdullah bertanya, "Apakah sebabnya?"
Beliau menjawab, "Ada orang yang mengatakan bintang berekor sudah terbit. Aku berasa cemas dengan kedatangan asap yang sudah mengetuk pintu, sehingga aku tidak dapat tidur sehingga pagi."
(Tafsir Ibn Kathir, diriwayatkan daripada Ibn Jarir, daripada Abdullah bin Malikah, daripada Ibn Abbas. Menurut Ibn Kathir, sanad riwayat ini sahih kerana disandarkan kepada Ibn Abbas)

No comments:
Post a Comment