Saturday, 15 November 2014

PENAKLUKAN BAITUL MAQDIS

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam ke atas penghulu segala nabi dan rasul, juga sekalian ahli keluarga dan para sahabat baginda saw.

Kota Baitul Maqdis

Rasulullah saw pernah bersabda, "Hitunglah ada enam perkara peristiwa yang akan berlaku menjelang kiamat iaitu kematianku, kemudian penaklukan Baitul Maqdis, kemudian terjadinya kematian beramai-ramai secara serentak yang disebabkan oleh wabak penyakit. Ia akan menimpamu sebagaimana penyakit qu'as menimpa kambing."


(Riwayat oleh Bukhari dalam kitab sahihnya, daripada Anas bin Malik, dalam kitab 'al-Jizyah wa al-Muwa 'idah, jilid ke-6. Diriwayatkan juga oleh Ahmad dan At-Tabrani daripada Mu'az bin Jabal)


Kota Baitul Maqdis atau al-Quds yang terletak di negeri Palestin adalah tempat berlakunya peristiwa Israk Nabi Muhammad saw. Ia merupakan kiblat umat Islam yang pertama. Di sana terdapat Masjid al-Aqsa, masjid ketiga umat Islam selepas Masjidil Haram di Mekah dan Masjid an-Nabawi di Madinah.


Pemandangan kota Baitul Maqdis atau Al-Quds terletak di Jerusalem, Palestin pada hari ini


Suasana Kota Jerusalem pada masa dahulu


Masjidil Al-Aqsa yang sebenar


Masjid Al-Aqsa pernah dibakar pada tahun 1969



Kota ini dibangunkan oleh suku Kan'an lebih lima ribu tahun yang lalu. Mereka terkenal dengan nama "Jerusalem" yang disebut sebagai "Urstalim" dalam kitab Taurat. Perkataan "Jerusalem" bukanlah berasal dari bahasa Ibrani. Ia berasal dari bahasa Kan'an. Kitab Taurat (kitab suci orang Yahudi) menyebutkan dengan jelas bahawa kaum Yahudi tidak mempunyai pertalian sejarah dengan "Jerusalem" lama, baik dari segi nama mahupun dari segi bangsa (asal usul). Ini kerana dalam kitab Taurat (perjanjian lama) ada disebutkan bahawa "Yehezkiyel" (Nabi Bani Israel) telah berkata kepada Jerusalem. "Bapamu adalah Amuria (suatu bangsa Syam  yang berasal dari Kan'an) dan ibumu adalah Hithiya (satu suku bangsa dari Asia Kecil Lama).

Contoh halaman Kitab Perjanjian Lama


Kota Baitul Maqdis ditakluki secara damai oleh kaum Muslimin semasa pemerintahan Umar bin al-Khattab al-Faruq, pada tahun 638 Masihi bersamaan dengan tahun ke-18 Hijrah. Penduduk Syam yang beragama Kristian telah menyatakan kesediaan mereka untuk membayar jizyah (cukai daripada kaum ahli zimmah yang mendapat perlindungan penuh daripada kaum Muslimin) kepada kerajaan Islam, dengan syarat orang yang akan menandatangi persetujuan atau kontrak perdamaian dan menerima penyerahan kunci kota Baitul Maqdis adalah Khalifah Umar bin al-Khattab sendiri. Ini kerana kitab suci mereka ada menyebutkan bahawa seorang yang bergelar al-Faruq akan menakluki kota Baitul Maqdis dan menerima penyerahan kunci kota tersebut. Pernyataan itu menyebutkan seperti di bawah ini :

"Berbahagialah kamu wahai Ursyalim. Al-Faruq akan membersihkan kamu dari apa-apa yang ada pada kamu"

                                                                                          (Rujuk Tarikh at-Tabari, jilid 3)

Setelah mengetahui sikap dan pendirian tersebut, Saidina Umar segera berangkat dengan menunggang seekor kuda. Beliau berangkat tanpa memakai penutup kepala dan pakaian pelapis untuk menahan panas ataupun dingin, sehingga kulit kepalanya bersinar (kehitaman) akibat pancaran cahaya matahari yang terik. Beliau hanya ditemani oleh seorang pembantu. Sebaik sahaja tiba di sana, beliau segera membuka kota Baitul Maqdis. Dengan penaklukan Baitul Maqdis oleh Umar bin al-Khattab, terlaksanalah tanda kiamat kecil yang kedua selepas kewafatan Rasulullah saw.

Baitul Maqdis pernah dikuasai secara bergilir-gilir antara kaum Muslimin dan Tentera Salib. Akibat kelalaian dan kelemahan kaum Muslimin , Tentera Salib menakluki Baitul Maqdis pada tahun 492 Hijrah bersamaan dengan  1098 Masihi. Kemudian ia ditakluk kembali oleh Panglima Islam Shalahuddin al-Ayyubi (saladin bagi gelaran sebelah barat) pada bulan Rejab tahun 583H/1187M.

Panglima Islam Shalahuddin al-Ayyubi 

Saladin bagi gelaran barat ketika tercetusnya Perang Salib diantara kaum Muslimin dengan kaum Kristian pada bulan Rejab tahun 583H/1187M.


Pada tahun 627 Hijrah atau 1228 Masihi, ia berjaya di takluki semula oleh Tentera Salib daripada Raja al-Kamil. An-Nashir al-Ayyubi berjaya merampasnya semula daripada Tentera Salib pada tahun 637 Hijrah atau 1239 Masihi. Kemudian sekali lagi Baitul Maqdis kembali dikuasai oleh Tentera Salib pada tahun 641 Hijrah atau 1243 Masihi. Setahun kemudian ia berjaya dikembalikan di bawah penguasaan Islam oleh al-Malikus Shalih Ayyub.

Ilustrasi Perang Salib di Jerusalem


Setelah melalui penguasaan dan penaklukan bergilir-gilir antara kaum Muslimin dan Tentera Salib, satu penyerbuan telah dilakukan oleh Yahudi Zionis ke atas Baitul Maqdis pada tahun 1967 Masihi. Jika anda melakukan pengiraan menggunakan kalkulator, sesungguhnya sudah mencecah 47 tahun Baitul Maqdis di bawah penguasaan Yahudi Zionis (2014 -1967= 47 tahun). Akhirnya Baitul Maqdis tidak lagi berada di dalam pemerintahan Islam ataupun Kristian, tetapi ia jatuh ke tangan Yahudi Zionis. Apakah yang akan terjadi selepas ini? Yang pasti penaklukan Baitul Maqdis yang terakhir akan dilaksanakan oleh Imam Mahdi. Tanda-tanda awal kemunculan mulai berlaku, ini menandakan kehadirannya yang semakin hampir. Oleh itu kita patut menyedari bahawa masalah Baitul Maqdis bukan hanya masalah bangsa Palestin dan bukan pula masalah nasionalisma Arab semata-mata, tetapi ia adalah masalah diniyyah (keagamaan) bagi kaum Muslimin, Yahudi dan Kristian.

Lantaran itu, sejak bertahun dahulu sehinggalah ke hari ini, kaum Yahudi berusaha me-Yahudikan Baitul Maqdis. Mereka berusaha meruntuhkan Masjidil Aqsa as-Syarif untuk membina Haikal Sulaiman (candi atau rumah ibadah) di atas tapaknya. Menurut mereka, tujuan candi tersebut akan dibakar, sesuai dengan kepercayaan mereka. Mereka mendakwa kepercayaan ini ada dicatatkan dalam kitab Taurat.

Sebenarnya orang yang akan memimpin acara mempersembahkan korban tersebut adalah al-Masih mereka yang dikenali sebagai sang penyelamat (Messiah atau al-Masih ad-Dajjal). Acara ini juga akan disertai oleh para pemimpin dan pendeta Yahudi. (Menurut Majalah al-Usbu edisi 24 Mac 1997 yang di terbitkan di Mesir). Seorang diplomat Arab membuat satu laporan kepada ketuanya. Dalam laporan tersebut, dia mengingatkan bangsa Arab tentang sebuah pertemuan rahsia yang diadakan di Israel,

Pertemuan yang dihadiri oleh para Hakham (pendeta Yahudi) dan para politikus mereka itu membicarakan tentang satu perkara aneh. Perkara tersebut adalah kelahiran seekor sapi (lembu) merah yang aneh di Israel, berdekatan kota Yafa, enam bulan yang lalu. Sapi tersebut merupakan sapi yang ditunggu-tunggu kelahirannya oleh para pendeta Yahudi. Mereka yakin ia adalah sapi yang akan dipersembahkan sebagai sembelihan apabila ia berumur tiga tahun. Hal ini bertetapan dengan apa yang kita sebut tentang persiapan kaum Yahudi untuk menyambut kedatangan al-Masih yakni penyelamat mereka (Dajjal). Laknat Allah swt terhadap Dajjal dan kaum Yahudi tersebut. Hal yang sama turut disampaikan oleh Prof Wajih Abi Zikra dalam artikelnya dalam majalah "al-Akhbar" yang diterbitkan di Kaherah pada bulan April 1997)


Model Haikal Sulaiman yang mahu dibangunkan di atas tapak Majidil Aqsa

No comments:

Post a Comment