Sunday, 16 November 2014

PERANG ARMAGEDON ADALAH PERANG DUNIA KETIGA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam ke atas penghulu segala nabi dan rasul, juga sekalian ahli keluarga dan para sahabat baginda saw.




Perang ini adalah perang yang sedang ditunggu-tunggu oleh kaum Muslimin, Yahudi dan Nasrani. Ia pernah diceritakan oleh Rasulullah saw dalam sebuah hadis, "Kamu semua akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rom. Kemudian kamu akan memerangi musuh kamu dengan bantuan mereka. Kamu akan selamat dan memperolehi harta rampasan perang. Selepas itu, kamu akan tiba disebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit. Seorang lelaki daripada kaum Rom akan berdiri dan mengangkat tanda salib lalu berkata, "Salib telah menang!". Seorang lelaki Muslim akan datang dan membunuh lelaki Rom tersebut. Perkara ini akan menyebabkan Rom mengkhianati perjanjian dan berlakulah peperangan. Mereka akan bersatu mengumpul kekuatan untuk menghadapi kamu di bawah 80 pasukan, di mana setiap pasukan terdiri daripada 12 ribu tentera." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah. Disahihkan oleh al-Albani dalam mentahqiq hadis-hadis al-Misyqat, nombor 5424. Diriwayatkan juga oleh beliau dalam Sahih Al-Jami'. Terdapat juga riwayat-riwayat yang mempunyai perbezaan lafaz. Contohnya ungkapan: "membunuh lelaki Rom tersebut" diganti dengan "memukulnya", dan ungkapan "kamu akan memerangi musuh kamu dengan bantuan mereka" digantikan dengan "mereka akan memerangi musuh mereka dengan bantuan kamu")


Dalam riwayat yang lain, Baginda saw bersabda, "Dan kaum Muslimin bangkit dengan senjata-senjata mereka. Kemudian mereka turun berperang. Allah swt memuliakan kelompok tersebut dengan mati syahid. Dalam hadis lain, Rasulullah saw ada menceritakan tentang keadaan tentera Islam ketika itu. Mereka akan bangkit berperang hari demi hari tanpa perasaan takutkan mati. Menurut Baginda saw, sebahagian besar daripada mereka akan gugur dalam peperangan tersebut, hanya segelintir yang akan menikmati kemenangan. Pada hari yang keempat, saki baki tentera Islam yang masih hidup akan keluar berperang seperti biasa. Pada hari itu, Allah akan menghancurkan musuh-musuh mereka. Kehandalan mereka bertempur ketika itu adalah kehandalan yang tiada tandingan.

(Riwayat Muslim dalam Al-Fitan wa Asyratu As-Sa'ah)


Dalam hadis yang lain Dzu Makhmar ra menceritakan, Rasulullah saw bersabda, "Orang Rom (Bani Ishaq, kaum kulit putih) akan mengadakan perjanjian damai dengan kamu. Kemudian kamu akan terjun ke medan pertempuran, dan mereka akan memusuhi kamu. Kamu akan mendapat kemenangan serta memperolehi harta rampasan perang dan kamu akan selamat."

(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan Ibn Hibban. Hadis ini dinilai sahih oleh as-Suyuti dan al-Albani dalam Sahih Al-Jaami')

Menurut hadis-hadis yang sahih, dalam peperangan tersebut kaum Muslimin akan bersekutu dengan Rom untuk menentang musuh yang tidak disebutkan namanya. Secara zahirnya, kita tidak dapat memastikan siapakah musuh tersebut. Namun terdapat andaian yang mengatakan musuh tersebut boleh jadi kaum Syiah, ataupun kumpulan mazhab yang lain. Apa yang pasti, musuh tersebut akan mengalami kekalahan, sebagaimana yang disebutkan oleh Baginda saw dalam hadis di atas.

(Catatan: Kenyataan di atas tidak sekali-kali bermaksud penulis memusuhi golongan Syiah. Pada pendapat penulis, mereka juga adalah orang-orang Islam. Walaupun terdapat andaian yang mengatakan musuh tersebut adalah dari kalangan mereka, ia bukan satu seruan agar kaum Muslimin saling berperang sesama mereka. Akan tetapi, ia merupakan satu jangkaan terhadap peristiwa yang akan terjadi. Andaian ini tidak mustahil, kerana beberapa tahun yang lalu kita telah menyaksikan bagaimana negara-negara Islam telah bersekutu dengan Amerika dalam pasukan multi-nasional untuk menyerang Iraq. Jadi tidak mustahil persekutuan seumpama ini akan berulang sekali lagi untuk menyerang Iran pula)

Pada pandangan penulis, pendahuluan kepada peperangan ini telah pun bermula. Pada saat ini kita dapat melihat kedamaian dan ketenangan dalam hubungan antara negara-negara Islam dan negara-negara barat. Dalam masa yang sama, negara-negara yang dijangka akan menjadi lawan blok kaum Muslimin juga telah bersatu. Cina, Rusia dan Iran telah mengadakan satu persepakatan.

Di sebalik persepakatan ini, suara penentangan sudah meninggi. Ketegangan pula semakin meningkat. Namun kita tidak peka dengan keadaan sekeliling. Loceng peringatan tidak lagi dapat memberikan apa-apa reaksi terhadap telinga yang tuli dan mata yang buta. Ini bertepatan dengan firman Allah swt yang bermaksud :

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi) neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang yang lalai."

                                                                                            (Surah al-A'raaf [7]:179)





Peperangan inilah yang dikenali sebagai Perang Armagedon atau Perang Dunia Ketiga atau Perang Persekutuan Antarabangsa. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih pendapat tentang penamaan perang ini merupakan mereka yang akan dilengahkan oleh pokok permasalahan yang sangat serius. Semoga Allah memberikan petunjuk kepada mereka. Terdapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa perbincangan tentang hampirnya hari penghabisan adalah bertentangan dengan kemajuan budaya pada zaman ini. Ia akan melemahkan umat Islam dalam mengejar bangsa-bangsa yang telah mencapai kemajuan. Permasalahannya bukanlah seperti yang mereka sangka. Ini adalah satu seruan untuk membuat persiapan dalam menghadapi peristiwa-peristiwa yang telah dikhabarkan kepada kita oleh Nabi Junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad saw sendiri. Kita tidak mencapai kemenangan jika terus menerus menjadi "boneka" yang melakukan pergerakan yang tidak sesuai dengan kehendak sendiri, yang hanya akan berhenti apabila diperintahkan untuk berhenti.


ROM MENGKHIANATI DAN MELANGGAR PERJANJIAN DAMAI DENGAN KAUM MUSLIMIN


Peristiwa ini adalah rentetan daripada huru-hara akhir zaman atau kenyataan politik ketika kemunculan al-Mahdi. Dalam Peperangan Armagedon, Pakatan Muslimin-Rom akan mencapai kemenangan dan mendapat harta rampasan perang. Ketika pulang dari Perang Armagedon, pihak Rom akan mengkhianati kaum Muslimin dengan mengeksploitasi pertengkaran atau perselisihan kecil yang terjadi antara mereka dan tentera-tentera Islam. Kemudian mereka akan pulang ke negara mereka. Dalam masa yang sama mereka menyimpan niat untuk mengkhianati kaum Muslimin. Mereka mengumpulkan kekuatan secara tersembunyi, sedangkan kaum Muslimin masih tetap berpegang teguh dengan perjanjian damai yang telah dimeterai.

Senario ini telah dikhabarkan oleh Rasulullah saw dalam sebuah hadis. Baginda saw bersabda, "Kamu semua akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rom. Kemudian kamu akan memerangi musuh kamu dengan bantuan mereka. Kamu akan selamat dan memperolehi harta rampasan perang. Selepas itu, kamu akan tiba disebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit. Seorang lelaki daripada kaum Rom akan berdiri dan mengangkat tanda salib lalu berkata, "Salib telah menang!". Seorang lelaki Muslim akan datang dan membunuh lelaki Rom tersebut. Perkara ini akan menyebabkan Rom mengkhianati perjanjian dan berlakulah peperangan. Mereka akan bersatu mengumpul kekuatan untuk menghadapi kamu di bawah 80 pasukan, di mana setiap pasukan terdiri daripada 12 ribu tentera." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah)

Dalam hadis lain diriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, ""Orang Rom (Bani Ishaq, kaum kulit putih) akan mengadakan perjanjian damai dengan kamu. Kemudian kamu akan terjun ke medan pertempuran, dan mereka akan memusuhi kamu. Kamu akan mendapat kemenangan serta memperolehi harta rampasan perang dan kamu akan selamat."

(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan Ibn Hibban. Hadis ini dinilai sahih oleh as-Suyuti dan al-Albani dalam Sahih Al-Jaami')

Apabila kita melihat pada ungkapan : "Kamu semua akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rom..." dan "...Perkara ini akan menyebabkan Rom mengkhianati perjanjian, dan berlakulah peperangan. Mereka akan bersatu mengumpul kekuatan untuk menghadapi kamu di bawah 80 pasukan, di mana setiap pasukan terdiri daripada 12 ribu tentera..." yang terdapat dalam hadis, satu persoalan akan timbul, iaitu berapa lamakah tempoh masa yang diambil oleh pihak Rom untuk mengkhianati perjanjian damai tersebut?

Persoalan ini terjawab dengan sabda Rasulullah saw, "Mereka akan bersatu mengumpul kekuatan untuk memerangi kamu selama sembilan bulan. Ia menyamai tempoh masa hamil seorang wanita." (Riwayat Imam Ahmad)

Kita akan berpegang pada hadis ini, walaupun ia mempunyai kelemahan di sisi ulama hadis. Ini kerana ia merupakan satu-satunya hadis yang menerangkan tentang tempoh masa yang diambil oleh pihak Rom untuk mengkhianati perjanjian damai yang dimeterai bersama kaum Muslimin. Tambahan pula, sebahagian ulama, termasuk Imam Ahmad yang meriwayatkan hadis ini selalu mendahulukan hadis yang lemah ataupun daif daripada pendapat manusia, terutamanya apabila perkara yang dibincangkan itu penting.

Perlu diingatkan, walaupun Perang Armagedon akan berlaku di bumi Palestin, ia bukanlah sebuah peperangan yang hanya melibatkan orang Islam dan Yahudi, sebagaimana yang disangka oleh kebanyakan orang. Peperangan ini merupakan peperangan raksasa  yang melibatkan pelbagai pihak dari seluruh dunia. Sebuah pertempuran besar akan berlaku apabila roh-roh jahat dari pelbagai negara mengumpulkan bala tenteranya. Walaubagaimanapun, kita tidak menafikan ketua bagi segala kejahatan ini adalah semangat dan jiwa perjuangan kaum Yahudi. Ini kerana mereka memang terkenal sebagai penyebab dan pencetus segala peperangan sejak zaman dahulu lagi. Perkara ini ada disebutkan dalam al-Quran. Allah swt berfirman, maksudnya :

"Tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya..."

                                                                                               (Surah al-Maidah [5]:64)

Perkara ini turut disebutkan dalam kitab Injil. Dalam kitab Wahyu (Revealition), fasal 16, dikatakan: "Dan roh-roh syaitan mengumpulkan sekalian tentera dunia di tempat bernama Armagedon" (Injil, halaman 388, terbitan Daar Ath-Thaqafah, Mesir)

Tanpa disedari oleh umat Islam, pada saat ini, orang-orang Yahudi sedang bersungguh-sungguh menyemarakkan api peperangan. Tetapi kali ini Allah swt tidak akan memadamkannya, kerana ia telah tertulis dalam takdir-Nya. Mereka akan menyalakan api peperangan. Kemudian mereka sendiri akan terjun ke dalamnya. Sebahagian besar daripada mereka akan binasa dalam peperangan ini, kerana ia terjadi di bumi Palestin yang telah mereka rampas secara zalim dan melampaui batas.

Kali ini doa orang yang di zalimi akan dimakbulkan oleh Allah, sepertimana yang telah dijanjikan melalui kekasih-Nya yang benar lagi dibenarkan. Nabi Muhammad saw bersabda, "Takutlah kamu kepada doa orang yang teraniaya (dizalimi), kerana sesungguhnya di antara dia dengan Allah tidak ada sebarang hijab." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah saw bersabda, "Barang siapa yang melakukan kezaliman (mengambil hak orang dengan penganiayaan) walaupun sekadar sejengkal tanah, akan dipukulkan ke atasnya tujuh lapis bumi pada hari kiamat." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam sebuah hadis qudsi, Nabi Muhammad saw bersabda, "Allah swt berfirman; Sangat berat kemurkaan-Ku ke atas orang yang menzalimi mereka yang tidak ada sesiapa untuk dipohon pertolongan melainkan Aku (Allah)." (Riwayat at-Tabrani)


BERLAKU HURU-HARA DAN PERSELISIHAN DALAM PEREBUTAN KUASA DI DALAM NEGARA

Antara hadis yang menakjubkan yang dinyatakan daripada Rasulullah saw adalah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Za ra. Beliau menceritakan, Rasulullah saw bersabda, "Seorang lelaki yang berhidung pendek dan mancung akan muncul daripada kabilah  Quraisy. Dia akan menguasai suatu kekuasaan. Kemudian dia dapat dikalahkan atau digulingkan. Dia akan melarikan  diri ke Rom, kemudian membawa orang-orang Rom ke Iskandariah untuk memerangi umat Islam. Pertempuran tersebut merupakan permulaan kepada pertempuran-pertempuran yang lebih besar."

(Riwayat ar-Ruyani dalam Musnadnya. Disebutkan juga oleh pengarang kitab Al-Isya'ah Fi Asyrati As-Sa'ah, halaman 163)

Dalam hadis yang lain Ummu Salamah menceritakan, baginda saw bersabda, "Ketika meninggalnya seorang khalifah, satu perselisihan akan berlaku. Seorang lelaki daripada penduduk Madinah akan melarikan diri ke Mekah. Penduduk Mekah akan datang kepadanya dan membawanya ke sebuah tempat di antara Hajar al-Aswad dan Maqam Ibrahim secara paksa, kemudian mereka akan membaiatkannya di sana."

(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Abi Syaibah dan At-Tabarani dalam Al-Ausat. Menurut Al-Haithmi dalam Majma' Az-Zawaid, perawinya adalah perawi hadis sahih. Menurut Ibnu Qayyim pula, status hadis ini adalah hasan. Sebenarnya pada sanad hadis ini terdapat seorang perawi yang dianggapi lemah oleh ramai ulama hadis. Perkara ini disebutkan oleh al-Albani dalam kitabnya Silsilah Ad-Daifah, hadis no.1965. Walaubagaimanapun, terdapat riwayat-riwayat lain yang menyokong hadis ini dan mengeluarkannya daripada status lemah. Rujuk: Silsilah As-Sahihah karya al-Albani, hadis no.1924)

Dalam hadis yang pertama, Rasulullah saw memberitahu kepada kita tentang kejadian rampasan kuasa dan kewujudan kerajaan buangan. Dalam hadis yang kedua pula, baginda menjelaskan tentang kemunculan kumpulan yang mengambil alih kekuasaan selepas kematian seorang khalifah. Akhirnya kepimpinan diserahkan kepada seorang pemimpin yang diberi kepercayaan (Al-Mahdi Al-Muntazar).

Perselisihan dalam perebutan kuasa pemerintahan tidak hanya berlaku kepada umat ini. Ia juga pernah berlaku kepada umat-umat terdahulu. Ia merupakan salah satu daripada bentuk azab yang ditimpakan oleh Allah swt kepada umat yang lalai. Perselisihan sebegini akan mencapai kemucaknya pada zaman kemunculan al-Mahdi. Sebagaimana yang dikhabarkan oleh Nabi Muhammad saw, bumi pada zaman sebelum kemunculan Al-Mahdi dipenuhi dengan kezaliman, perselisihan dan peperangan merebut kekuasaan. Apabila Al-Mahdi muncul, beliau berjaya menenangkan segala huru-hara yang berlaku dengan izin Allah swt.

Hadis yang kedua menerangkan kepada kita tentang keadaan politik sebelum kemunculan Al-Mahdi. Perselisihan dalam perebutan kekuasaan itu berlaku setelah matinya seorang "khalifah". Khalifah yang dimaksudkan disini bukanlah khalifah yang sebenar, tetapi hanya kiasan sahaja. Dalam perbincangan yang lalu, ketika menghuraikan tentang hadis berkaitan fitnah "Sarrak" dan "Duhaimak, penulis ada menyebutkan  tentang kesepakatan manusia untuk mengangkat seorang kaki tempang sebagai pemerintahan. Lelaki tersebut hanya akan memerintah dalam tempoh yang singkat, datang fitnah Duhaimak yang dimulai dengan Perang Armagedon. (Maaf saya tidak memasukkan artikel fitnah "Sarrak" dan fitnah "Duhaimak" di dalam blog ini dan saya mengambil isi-isi penting sahaja untuk dibentangkan di dalam blog ini)

Jika kita memerhatikan realiti pada zaman ini, kita tidak akan menemui kewujudan sistem khalifah. Ini kerana sistem khalifah hanya akan ditegakkan semula dengan kemunculan Imam Mahdi. Maknanya pada zaman ini tidak ada seorang pun yang bergelar khalifah dalam erti kata yang sebenar. Yang ada hanyalah panggilan ataupun gelaran khalifah yang diberikan oleh warga Arab Saudi kepada raja mereka. Jadi siapakah lelaki yang akan disepakati oleh manusia untuk menjadikan khalifah selepas perselisihan dalam perebutan kuasa? Jika dia terpilih, dia tidak akan memerintah dalam waktu yang lama, kerana sebenarnya dia tidak layak untuk dilantik menjadi raja ataupun pemerintah.

PERSEPAKATAN AMERIKA-JEPUN

Negara-negara Arab sudah mula mendekati syiar "ikut-ikutan". Jika mereka, orang-orang kafir bersatu, mengapa kita sebagai orang Islam tidak bersatu? Mereka tidak sekali-kali membiarkan api perang saudara di Afghanistan padam. Iraq terus dikepung dan diboikot. Palestin pula perlu mencari tempat pemerintahan yang baru setelah di usir oleh Israel. Libya juga akan tetap diboikot. Syria dan Iran terus menerus dituduh dan dimasukkan ke dalam daftar negara-negara pengganas dan penyimpan senjata nuklear berbahaya. Arab Saudi dan negara-negara pengeluar minyak yang lain berada dalam "saku" Amerika Syarikat. Jordan pula berada di saku yang lain. Sudan dituduh sebagai pengeksport pengganas, sedangkan ia selalu disibukkan dengan peperangan melawan sudan selatan yang menuntut kemerdekaan. Algeria akan terus tenggelam dalam perang saudara yang mengerikan. Mesir pula merupakan "sapi jantan merah" terakhir yang akan dimakan oleh Amerika, Eropah serta sekutu-sekutunya. (Editor-buku ini ditulis sebelum revolusi Mesir 2011).

Inilah yang dapat kita perhatikan dalam dunia hari ini. Lihatlah apa yang terjadi kepada kaum Muslimin di Bosnia, Herzegovina, Kashmir, China, Selatan Filipina, India, Selatan Thailand, dan lain-lain. Semua ini menunjukkan bahawa keadaan semakin meruncingkan. Singa sudah menampakkan taring dan kukunya. Namun, oleh kerana umat Islam sekarang ini berada dalam keadaan kelalaian dan leka dengan kenikmatan dunia, mereka berasa lega dan menyangka bahawa dunia Islam sedang tersenyum aman. Sesungguhnya mereka dalam keadaan buta pada matanya dengan keadaan sekelilingnya apa yang sedang berlaku. Imam Mahdi akan mucul ketika kaum Muslimin sudah berpecah-belah. Ketika itu mereka tidak lagi mempunyai kekuataan iman dan jemaah (kesatuan). Mereka juga kehilangan pemimpin yang berwibawa.

SUNGAI FURAT MENJADI KERING



Abu Hurairah ra menceritakan, Rasulullah saw bersabda, "Telah hampir waktunya lombong emas tersingkap di Sungai Furat. Barang siapa yang menyaksikannya, janganlah dia mengambil apa-apa daripada lombong tersebut." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain, Abu Hurairah menceritakan, baginda saw bersabda, "Kiamat tidak akan muncul di tengah-tengah sungai Furat. Manusia akan saling berbunuhan di atasnya. Dalam tiap-tiap orang, 99 orang akan terbunuh..." (Riwayat Muslim)

Menurut Imam Ibn Hajar, peristiwa ini akan terjadi di saat-saat kemunculan Al-Mahdi. Oleh sebab itu, Imam Bukhari meletakkan hadis ini di bawah bab "Keluarnya Api" dalam kitab Sahihnya. Ibnu Hajar turut mengemukakan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah. Thauban ra menceritakan, bahawa Rasulullah saw bersabda, "Tiga orang akan terbunuh kerana lombong hartamu, kesemua mereka merupakan anak khalifah."

Ibn Majah mengemukakan hadis ini dalam pembahasan tentang Al-Mahdi. Jika kita memahami "lombong harta" yang disebutkan dalam hadis Ibn Majah sebagai "gunung emas" dalam hadis sebelumnya, kita akan mendapat satu kesimpulan, iaitu gunung emas tersebut akan muncul selepas kemunculan Imam Mahdi. (Rujuk: Fathul Baari, kitab Al-Fitan, jilid 13, halaman 81)

Maha Suci Allah Yang Maha Benar. Pada saat ini, media sudah melaporkan tentang kewujudan emas di Sungai Furat. Perselisihan yang berpunca daripada masalah-masalah berkaitan Sungai Furat juga telah berlaku antara Turki dan Iraq. Turki juga sudah memulakan kegiatan membina empangan-empangan penahan air di Sungai Furat dan mengambil serta merampas tanah-tanah Iraq. Kita cuma perlu menunggu untuk mengetahui apa yang akan terjadi selepas ini. 

(Editor: Kenyataan ini merujuk kepada Turki di bawah pemerintahan sekular, bukan di bawah pemerintahan parti Islam pada hari ini)

Kita juga perlu mengingati dan mematuhi pesanan kekasih Allah yakni Muhammad saw, agar tidak mendekati lombong harta tersebut, apalagi mengambil harta darinya. Baginda saw tidak mahu kita terlibat dengan huru-hara dan pertempuran sengit yang berpunca daripada perebutan harta. Menurut Ibn at-Tin, salah satu kemungkinan lain yang menjadi penyebab kepada larangan Rasulullah saw adalah kerana ia merupakan "harta kaum Muslimin". Jika tidak ada sesiapa yang berhak mengambilnya kecuali dengan cara yang benar. Walaubagaimanapun, tafsiran yang pertama iaitu baginda tidak mahu umatnya terlibat dengan peperangan yang disebabkan harta adalah lebih tepat kerana ia dikuatkan oleh teks hadis: "...Manusia akan saling berbunuhan di atasnya..."

No comments:

Post a Comment