Wednesday, 3 December 2014

GAMBARAN PALESTIN PADA ABAD KE 18 & 19 (NICE PICTURE)


Palestin adalah bumi barakah. Di sini lahir beratus-ratus orang Nabi dan Rasul. Di sini juga lahir beberapa orang ulama dan wali agung. Antara paling terkenal adalah Muhammad bin Idris atau lebih dikenali sebagai Imam Syafie rh. Beliau adalah pengasas kepada mazhab Syafie yang diamalkan secara majoriti oleh Ahli Sunnah wal Jamaah.
Bumi Palestin memang ditakdirkan sebagai bumi yang penuh rahmat. Bumi ini bukan sahaja mulia bagi umat Islam tetapi juga kepada penganut Yahudi dan Kristian. Umat Islam menganggap Palestin sebagai tempat berakah kerana di sini terletaknya Masjidil Aqsa yang pernah menjadi Kiblat kepada umat Islam sebelum berkiblatkan Kaabah.
Penganut Kristian pula menganggap Palestin sebagai tempat yang mulia kerana di sini lahirnya Jesus Christ iaitu nabi agung penganut Kristian. Beberapa tempat di Palestin juga menempatkan makam beberapa Nabi dan Rasul mereka. Satu ketika dahulu, penganut Kristian sering datang berziarah ke Palestin bagi melihat sendiri suasana tempat kelahiran Jesus Christ.
Penganut Yahudi lebih ekstrem dalam memuliakan Palestin. Mereka menganggap ia adalah ‘Tanah yang Dijanjikan’. Istilah Tanah yang Dijanjikan sudah mula digunakan sejak Kerasulan Nabi Musa as. Di bumi Palestin dahulu, kerajaan umat Yahudi seperti Kerajaan Judea pernah diasaskan. Mereka mendominasi bumi Palestin beberapa lama namun lama-kelamaan mereka semakin lemah dan merudum selepas pencerobohan Nabuchadnezzar daripada Mesopotamia.
Kini, Palestin masih lagi dianggap bumi barakah. Bumi ini menjadi tumpah darah para syuhada sejak beberapa lama. Daripada Perang Salib sehingga ke konflik Arab-Israel, bumi Palestin disimbah dan disirami dengan darah sang syahid. Jika dilihat di dalam peta, Palestin adalah sebuah negara yang kecil namun, dek kerana sejarah dan patriotik, bumi Palestin sangat diimpikan oleh tiga penganut agama paling besar di dunia. Moga Palestin akan terus barakah dan menjadi bumi umat Islam satu hari nanti.

Tempat dipercayai makam Nabi Isa as oleh penganut Kristian.

Kaum Badwi di Palestin

Taman Gethsemane yang dipercayai oleh penganut Kristian sebagai tempat di mana Nabi Isa as ditangkap dan dihukum salib. Manakala umat Islam percaya Taman Gethsemane adalah tempat terakhir Nabi Isa as sebelum diangkat ke langit.



Lokasi kolam air purba di mana Mariam ibu Nabi Isa as pernah singgah untuk mengambil air bagi kegunaan harian.

Kebun barli di Bethlehem, Palestin



Kaum Badwi.

Pemandangan Tasik Galilee di Palestin

Gadis Palestin di Nazareth.

Gereja Nativity di mana Nabi Isa dipercayai dilahirkan.

Bukit di mana dipercayai oleh penganut Kristian sebagai tempat penyeksaan Jesus.

Nelayan di Tasik Galilee.


Berendam di Laut Mati

Kolam Nabi Ilisya’

Pemandangan di Gideon. Dipercayai oleh penganut Kristian sebagai kawasan pertempuran Armegeddon di hari Kiamat.

Pemandangan di Gunung Giboa

Bukit Samaria

Telaga Yusuf

Pemandangan menarik di Palestin

Pintu Barat di Masjidil Aqsa

Kampung Nain yang berlatarbelakangkan Gunung Tabor

Keadaan Masyarakat Palestin.

Pemandangan Bethsaida di persisiran tasik Galilee. Bethsaida sering disebut di dalam New Tastament sebagai tempat Jesus Christ bersyarah dan melakukan beberapa mukjizat.

Makam seorang Rasul di Kedron, Palestin
 

Makam Lazarus of Bethany iaitu individu yang dipercayai oleh penganut Kristian sebagai orang yang dibangkitkan oleh Jesus Christ selama 4 hari

Makam Absalom iaitu anak lelaki Solomon atau Nabi Sulaiman as

Pemandangan kota Tiberias iaitu salah satu bandar nelayan bagi bangsa Yahudi satu ketika dahulu

Suasana musim luruh di En Shemesh.

Sungai di Jordan-Palestin. Sumber utama masyarakat Palestin

Kolam purba Hezekiah. Hezekiah adalah salah seorang pemimpin bangsa Yahudi yang beriman yang mana bertanggungjawab memusnahkan kepercayaan penyembahan berhala oleh umat Yahudi. Nabi Isaiah dan dan Nabi Micah dibangkit semasa pemerintahannya.

Kolam purba Siloam. Kolam ini dipercayai menjadi lokasi di mana Jesus Christ mengubati seorang pesakit buta.


Rumah musim panas di Caesera Philippi

Laut Mati

Runtuhan rumah purba

Jambatan purba Rom di sempadan Palestin-Damsyik
Jalan di sekitar bandar Jericho. Kelihatan seorang Samaritan. Samaritan adalah gelaran kepada penganut ajaran Samaritanisme iaitu ajaran yang mirip ajaran Yahudi. Kebanyakan bangsa Samaritan adalah susur galur daripada Levant iaitu salah seorang anak Nabi Yaakub as.
Jalan di sekitar bandar Jericho. Kelihatan seorang Samaritan. Samaritan adalah gelaran kepada penganut ajaran Samaritanisme iaitu ajaran yang mirip ajaran Yahudi. Kebanyakan bangsa Samaritan adalah susur galur daripada Levant iaitu salah seorang anak Nabi Yaakub as.
Masjid Machpelah iaitu tempat di mana Nabi Ibrahim, Ishak dan Yaakob ditempatkan.
Masjid Machpelah iaitu tempat di mana Nabi Ibrahim, Ishak dan Yaakob ditempatkan.
Dataran Dothan di mana dipercayai Nabi Yusuf dijual sebagai hamba.
Dataran Dothan di mana dipercayai Nabi Yusuf dijual sebagai hamba.

No comments:

Post a Comment