TURKI, 3 MAC 2011 – Bermula 1924 M hingga kini 2011 M, genaplah 87 tahun keruntuhan kepimpinan umum umat Islam iaitu Daulah Khilafah yang dipimpin oleh seorang Khalifah.
Titik hitam di dalam sejarah umat Islam ini tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh 3 Mac 1924 inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung.
Kehinaan yang menimpa umat Islam secara bertali arus sehingga ke hari ini adalah merupakan kesan dari tiadanya kekuatan politik di dalam tubuh umat Islam.
Tiadanya sebuah kepimpinan umum umat Islam yang akan menerapkan hukum-hukum Islam di dalam Negara Islam dan menyebarkan Islam ke luar Negara melalui dakwah dan jihad.
Malapetaka yang terus menerus menimpa kaum Muslimin merupakan rentetan dari tiadanya perlaksanaan ke atas perintah Allah secara menyeluruh.
Jadi marilah kita sama-sama bangkit, dengan kebangkitan yang sebenar, yang akan membawa suatu perubahan yang hakiki, yang mana sehingga setiap umat Islam dimuka bumi ini telah jelas dan faham tentang pentingnya menegakkan Institusi Khilafah yang akan menyinari serta menaungi seluruh alam ini dengan melaksanakan hukum syarak, sekaligus menghantar pasukannya Jihad Fi Sabilillah untuk mengajar kebiadaban kuffar barat yang membunuh umat Islam. (arrayah/abuidris) 

No comments:
Post a Comment