Satanisme ini secara ringkas dapat dimaksudkan sebagai 'Penyembahan Syaitan' dan menjadikannya sebagai Tuhan. Gerakan sesat ini memiliki ajaran melaksankan hal-hal yang oleh agama dianggap berdosa. Satanisme juga menerima syaitan, lambang kejahatan sebagai pemimpin dan pembimbing.
Sejarah Satanisme
Muzik dan Filem Satanisme.
Kaum Satanis, yakni para pengikut ajaran satanisme, sudah ada dan melaksanakan kegiatan mereka di setiap tahap sejarah dan dalam setiap peradaban, dari Mesir kuno sampai Yunani kuno, serta sejak Abad Pertengahan sampailah ke hari ini.
Di antara abad ke-14 dan ke-16, para tukang sihir dan orang yang menolak agama sama-sama memuja syaitan (Lucifer). Setelah tahun 1880-an, di Francis, Inggeris, Jerman dan sekaligus di pelbagai negara lain di Eropah dan Amerika, Satanisme diatur dalam perkumpulan dan tersebar di kalangan orang-orang yang mencari keyakinan dan agama lain.
Penyembahan syaitan terus berlanjut sejak abad ke-19, mula-mula sebagai Satanisme tradisional, lalu dalam aliran sesat yang lebih kecil yang merupakan pecahannya.
Upacara kejam yang dilakukan oleh tukang sihir dan orang-orang tak bertuhan, pengorbanan anak dan orang dewasa kepada syaitan, perayaan Misa Hitam dan upacara Satanisme tradisional lainnya telah diwariskan diam-diam secara turun temurun.
Lambang Satanisme tradisional yang terpenting adalah dewa Rom kuno Baphomet. Pada waktu itu, Baphomet menjadi lambang bagi orang yang memuja syaitan.
Para ahli sejarah yang menelusuri asal-usul sosok berkepala kambing ini telah menemukan beberapa petunjuk penting tentang kegiatan Satanis.
Lambang Satanis terpenting kedua adalah pentagram, iaitu bintang bersegi lima di dalam lingkaran. Yang menarik, ada dua kumpulan rahsia lainnya di samping para Satanis yang menggunakan Baphomet dan pentagram sebagai lambang.
Yang pertama adalah kumpulan Ksatria Biara Yerusalem (Knight Templars), iaitu kelompok yang dituduh oleh Gereja Katolik sebagai penyembah syaitan dan dibubarkan pada tahun 1311.
Knight Templars
Kumpulan lainnya adalah kelompok para Mason yang telah bertahun-tahun lamanya menimbulkan kalangan masyarakat kita rasa 'ingin tahu' tentang mereka ini kerana kerahsiaan dan upacara ritualnya yang pelik dan aneh. Ianya diibaratkan 'ada rahsia disebalik rahsia'. Misteri betul mereka ini.
Banyak ahli sejarah, yang telah menyelidik masalah itu, percaya bahawa terdapat hubungan antara Ksatria Biara Yerusalem (Knight Templars) dengan kelompok Mason.
Menurut mereka, kedua kelompok itu saling melanjutkan satu sama lain. Sesudah Knight Templars dilarang oleh pihak Gereja, maka kelompok ini melanjutkan keberadaannya secara rahsia dan akhirnya berubah menjadi kelompok fahaman Mason.
Yang pastinya tentang Freemasonry ini adalah kumpulan yang mempunyai sifat amat rahsia, mempunyai susunan organisasi secara teratur dengan anggota di seluruh diserata dunia.
Huraian yang diberikan para ahli seperti Leo Taxil, yang pernah menjadi seorang Mason, namun telah keluar dari kumpulan itu dan mengatakan bahawa para Mason ini amat menghormati Baphomet dan melangsungkan upacaranya yang menyerupai tata-cara penyembahan syaitan.
Leo Taxil
Kenyataan lain yang menimbulkan kecurigaan adalah bahawa banyak pengikut Satanisme yang kemudian menjadi anggota organisasi Masonic. Kini, para Satanis telah meninggalkan upacara dan markasnya yang rahsia itu untuk keluar ke jalan-jalan yang lain. Para Satanis ini bergiat di setiap negara untuk menyebarkan ajarannya dengan gigih dalam buku-buku, terbitan berkala, dan terutama di Internet dalam usaha mereka menarik anggota.
Tak peduli di negara mana pun mereka berada, para Satanis menampilkan citra rasa yang sama. Cara berpakaian, tata cara penyembahan, kesamaan surat yang mereka tinggalkan sebelum melakukan bunuh diri dan ciri lainnya menunjukkan bahawa Satanisme bukanlah gerakan biasa yang dipenuhi para penganggur, melainkan sebuah organisasi yang sengaja bersandar pada landasan pemikiran.
Satanisme dan Materialisme
Pada dasarnya aliran Satanisme dibahagi menjadi dua bentuk iaitu Teistik dan Atheistik. AliranTeistik atau biasa disebut juga Satanisme Tradisional adalah suatu bentuk kepercayaan yang menganggap bahawa Syaitan sebagai Dewa.
Sedangkan aliran Atheistik (Atheis) ini adalah suatu aliran kepercayaan yang tidak menganggap adanya Tuhan ataupun Dewa untuk disembah, melainkan mereka menggunakan “Syaitan” sebagai simbol pada diri manusia, sebagai simbol duniawi dan keserakahan atau dengan kata lain mereka dapat dikatakan menyembah diri mereka sendiri.
Salah satu Aliran Satanisme Atheistik yang terkenal adalah Gereja Syaitan (the Church of Satan) yang didirikan oleh Anton Szandor LaVey (Anton LaVey), kerana nama aliran ini disebut dengan aliran LaVeyan.
Gereja Syaitan
Suatu ciri kaum Satanis masa kini adalah mereka semua atheis (tidak mengakui Tuhan). Mereka juga sekaligus kaum materialis yang maksudnya mereka hanya percaya kepada keberadaan benda belaka.
Mereka mengingkari adanya Tuhan dan semua makhluk ghaib. Oleh kerana itu, kaum Satanis ini tidak percaya kepada syaitan sebagai makhluk yang nyata.
Walaupun disebut sebagai penyembah syaitan namun mereka tidak mengakui adanya syaitan. Bagi kaum Satanis, syaitan hanyalah lambang yang menyatakan permusuhan mereka terhadap agama dan kekerasan hati mereka.
Dalam sebuah tulisan yang bertajuk “Penghantar Setanisme” yang diterbitkan Gereja Syaitan, dinyatakan bahawa para Satanis sebenarnya adalah Atheis.
Satanisme adalah sebuah agama yang tidak mengenal Tuhan dan menganut fahaman tidak ada yang perlu ditakuti selain akibat tindakan kita.
Kaum Satanis ini tidak percaya adanya Allah SWT, Para Malaikat, Syurga, Neraka, Iblis, syaitan, roh jahat, roh baik, jin, atau makhluk ghaib yang lainnya. Satanisme bersifat Atheis, Otodeis: "kami menyembah diri kami sendiri." Satanisme adalah materialis, Satanisme adalah lawan agama. (Vexen Crabtree, “A Description of Satanisme”)
Singkatnya, ini adalah hasil filsafat kebendaan dan tidak mengenal Tuhan yang telah tersebar sejak abad ke-19. Seperti filsafat ini, Satanisme menyandarkan diri pada teori yang dianggap ilmiah: "Teori Evolusi Darwin."
Muzik dan Filem Satanisme.
Satanisme muncul dalam banyak hal, salah satunya adalah film dan muzik. Banyak film yang menceritakan dengan terbuka idiom satanisme serta kisah kuasa gelap (dark forces).
Film populer seperti : Friday The 13th, The Crow, Devils Advocate, Interview With The Vampire, bahkan serial ‘The X-Files’ mengandungi alur cerita dimana syaitan, satanisme atau black magic menjadi bahagian penting dari babak film.
Kononnya tahun 1968, Anton Szandor La Vey pernah menjadi penasihat teknis sekaligus pameran film Rosemarys Baby, film Omen 1976 disebut telah mempopularkan satanisme diserata dunia.
Dalam muzik ada banyak sekali contoh muzik yang berisi satanisme :
1. Lagu dari Ozzy Osbourne “Anggur baik tapi Wiski lebih cepat, bunuh dirilah satu-satunya jalan keluar”
1. Lagu dari Ozzy Osbourne “Anggur baik tapi Wiski lebih cepat, bunuh dirilah satu-satunya jalan keluar”
2. Lagu dari David Bowie (majalah Rolling Stone) mengatakan Rock akan selalu menjadi muzik syaitan.
3. Lagu dari Stairway to Heaven jika di putar terbalik akan memunculkan syair pemujaan syaitan.
4. Lagu dari Metallica dalam The Prince melantunkan Bida dari bawah, Aku ingin menjual jiwaku. Syaitan ambil jiwaku.
5. Pink Floyd menulis lagu Lucifer Sam dengan lirik : Lucifer Sam selalu duduk di sisimu..selalu dekat denganmu.
6. Tahun 1992, Red Hot Chilli Peppers saat penerimaan anugreah MTV Awards berucap. Pertama-tama kami ingin berterima kasih pada Syaitan.
7. Marilyn Manson, salah satu umat GS pada majalah Spin edisi Ogos 1996. Saya berharap dikenang sebagai sosok yang mengakhiri sejarah Kekristianan, Manson tak ragu untuk merobek Injil dan meneriakkan penghinaan terhadap Jesus Christ.
Di antara banyak band-band metal saat ini, terdapat beberapa band-band yang merupakan band-band sesat yang memuja syaitan. Band-band tersebut menjual jiwanya untuk para syaitan demi keinginannya agar memperolehi ketenteraman. Band yang beraliran Black Metal merupakan aliran metal yang paling banyak memiliki Band Metal-Satanis.
Maaf, penulis tidak akan kemukakan band-band tersebut di dalam artikel ini, takut-takut ada pihak yang sensitif.
No comments:
Post a Comment