Mengenai wanita di kota Tarim Hadramaut itu, jauh berbeza dengan sebahagian besar wanita-wanita muslimah didunia, bahkan di wilayah lain di kota-kota yang juga di hadramaut pun sudah banyak yang pudar ketegasan syariahnya, wanita-wanita Tarim itu sudah terbiasa dari sejak kecil dibesarkan dalam lingkungan para ulama, siang malam mereka adalah selalu pergi ke majlis ilmu, Al-Qur’an, adab, akhlak, tasawwuf, demikianlah mereka dibesarkan malah mereka dibesarkan tidak kenal apa itu muzik, tidak kenal kebiadaban, tidak kenal wajah-wajah orang fasiq, bahkan para wanitanya itu tidak pernah melihat lelaki selain daripada abangnya dan bapa saudaranya.
Ketika mereka menikah, lalu ditanyalah kepada isterinya "Apakah perasaan saat awal kita berjumpa?" Lalu ia pun menjawab : "Saya menjadi pelik, kerana seumur hidup saya belum pernah melihat lelaki selain daripada abang kandung saya, lalu tetiba ada lelaki asing duduk di bilik saya."
Demikianlah keadaan mereka, mereka tidak pernah menyusahkan suaminya, demikian pula suami kepada isterinya, misalnya susu habis atau beras habis takpun apa sahaja yang perlu dibeli, maka mereka ini tak berani bicara kepada suaminya kerana takut suaminya kalau tiada duit atau sedang sibuk, maka mereka taruhlah bungkus-bungkus kosong itu kira-kira ditempat yang sekiranya menyolok dan terlihat oleh suaminya.
Demikian pula suaminya, seluruh hajat untuk ke pasar untuk membeli sayur dan lain-lainnya suami yang akan belanja, isterinya boleh saja keluar ke pasar bersama kaum wanita, misalnya untuk membeli baju atau barang-barang khusus wanita, kalau urusan dapur, sayur, beras dan lain-lain itu hanyalah tugas suami atau pembantu.
Sang isteri tugasnya selalu membuat bilik tidurnya wangi, apabila suaminya pulang ke rumah maka pastilah biliknya sudah dikemaskan rapi dan sangat wangi, pakaian suami sudah tentu wangi, bilik mandi juga menjadi wangi, senang cerita semuanya serba kemas dan wangi kerana telah diuruskan oleh isterinya.
Isteri tidak pernah pun meninggikan suara kepada suaminya, tidak pernah marah, tidak pernah meronta-ronta maka apabila mereka kesal ataupun terguris hati, lalu mereka seraya menangis dan mengadu kepada suaminya dengan suara yang amat lirih dalam kesedihan. Itulah sifat marah mereka.
Demikian pula suami, tidak pernah marah kepada isteri, apalagi mencaci, apabila sudah sangat kesal atas sesuatu hal, maka si suami akan menulis surat kepada isterinya dan lalu pergi ataupun tidur. Nanti si isterinya menjawab surat tersebut melalui kertas tadi, lalu si suami balas balik surat itu dan akhirnya keduanya ketawa bersama-sama. Itulah dia antara sifat wanita muslimah yang terdapat di Tarim Hadramaut Yaman Selatan.
Credit by : Facebook dan diubah sedikit oleh AzwanVL
No comments:
Post a Comment