Sunday, 19 April 2020

KAROMAH AYAHANDA HABIB SYECH ASSEGAF


Habib Syech mempunyai seorang ayah bernama Habib Abdul Qadir Assegaf bin Abdul Rahman. Orang dulu jika mempunyai anak, tidak terburu-buru untuk dibubuhkan nama pada anak tersebut.

Kebetulan datuknya Habib Syech yakni Abdul Rahman hidup sezaman Habib Ali bin Muhammad bin Husein Al Habsyi dikenal sebagai Habib Ali Al-Habsyi disebuah kota Hadramawt Yaman.

Habib Ali Al-Habsyi wafat 1333H (100tahun lalu). Beliau dikatakan mencapai darjat yang tinggi disisi Allah (wali Qutub dimasa itu) sehingga terjadi suatu malam saat sedang tidur didatangi Syeikh Abdul Qadir Jailani Rahimahullah dalam mimpinya.

Dalam pertemuannya itu maka Syeikh Abdul Qadir Al Jailani berwasiat dengan mengatakan, "Wahai Ali, sebut-sebutlah namaku didalam majlismu.."

Tiba waktu pagi, datuk Habib Syech itu datang menemui Habib Ali Al-Habsyi seraya mengatakan. "Wahai Ali, saya dikurniakan seorang anak lelaki. Tolong diberikan nama kepada anak ini."

Maka Habib Ali Al-Habsyi teringat akan mimpinya maka dibubuhkan nama anak itu menjadi Abdul Qadir. Kemudian datang lagi satu orang bernama Habib Ahmad Assegaf dengan mengatakan perihal yang sama, "Wahai Ali, berikanlah nama anak saya ini ikut kesesuaian anda.."

"Berilah nama anak ini Abdul Qadir.." kata Habib Ali Al-Habsyi.

2 orang Abdul Qadir ini ialah yang 1 Abdul Qadir bin Ahmad (jeddah) merupakan senior para Habib waktu silam. 1 lagi ialah ayah Habib Syech iaitu Abdul Qadir bin Abdul Rahman Assegaf.

Kehidupan Habib Abdul Qadir selalu menguruskan masjid, mencari dana untuk bangun masjid. Hidupnya serba sederhana. Semua masanya dihabiskan untuk masjid.

Pernah terfikir tak kenapa nama yang selalu mengQasidahkan Ya Hanana begitu pendek sekali yakni Syech sahaja namanya? Kerana ayahnya sudah nama Abdul Qadir jadi jika disambungkan 'Syech' kepada nama ayahnya jadilah Syech Abdul Qadir.

Mungkin ayahnya inginkan kepada anaknya mewarisi apa yang dimiliki oleh Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani Rahimahullah.

Point saya ialah cuba anda cari orang yang meninggal pada hari jumaat sudah tentu ramai. Yang meninggal ketika solat pasti anda ketemui. Yang meninggal ketika sujud pun anda pernah dengar. Yang meninggal ketika jadi Imam juga pasti ada.

Tetapi jika kita gabungkan semuanya yakni meninggal pada hari jumaat, di dalam solat jumaat, posisinya dalam keadaan sujud yang terakhir beserta jadi Imam itulah dia ayahnya Habib Syech ini.

Menariknya lagi ialah sebelum beliau meninggal dunia, beliau sudah memberi 'hint' kalau bahasa indonesianya 'pamit-pamitan' terlebih dahulu kepada keluarga katanya mahu berangkat ke masjid dan tidak mahu balik.

Tiba di Masjid bahagian shaf kedua itu salah seorang sahabatnya yakni Habib Najib beliau mengatakan :

"Kedudukan saya waktu itu di shaf kedua lalu dipanggil oleh Habib Abdul Qadir, 'Ya Najib, kamu hari ini solatnya di shaf pertama persis dibelakang saya. Jika nanti terjadi sesuatu dengan saya dalam solat tolong gantikan saya."

Satu lagi peristiwa dimana hari khamis waktu itu, Habib Abdul Qadir pergi berkunjung ke rumah Habib Hadi Assegaf dengan mengatakan, "Ya Akhi, esok saya mahu meninggal."

Meninggal hari jumaat, ketika solat jumaat dalam keadaan sujud terakhir menjadi imam serta pamitan terlebih dahulu sebelum meninggal dunia. Salah satu karomahnya Habib Abdul Qadir Assegaf.

Creadit by : [Habib Novel]

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pendapat dan juga pandangan boleh hubungi penulis di email tertera : 

[rahsiatersirat@gmail.com]

No comments:

Post a Comment